Header Ads

Sekadar Berpura Bahagia Di Sosial Media, Wanita Ini Akhirnya Bunuh Anak & Diri Sendiri


Mereka yang benar-benar bahagia jarang menontonkan kebahagian mereka di sosial media.
Hanya yang kurang mendapat perhatian dan kasih sayang, sering menarik perhatian untuk merasai 'Kebahagiaan Ciptaan' sendiri.  Golongan seperti ini merasakan lebih bahagia di alam siber dari realiti.


CHARLOTTE, N.C. - Kisah Christina Treadway, 34 tahun ini patut dijadikan pengajaran.
Bahagia ciptaannya di sosial media telah membutakan mata semua pihak tentang penyakit depresi dan kemurungannya.

Christina telah disahkan membunuh dua orang anaknya, Isaiah- 7 tahun, dan Iliyah Miller- 3 tahun sebelum membunuh diri dengan terjun dari jambatan di tengah jalan di utara Carolina pada 13 Januari lepas.


Ibubapa Christina, Al dan Patricia Treadway menyangkal dakwaan anak mereka ini mengalami masalah mental ataupun despresi. Christina merupakan seorang anak yang baik, periang dan sentiasa kelihatan bahagia dengan kehidupannya. Dia sering memaparkan aktivitinya bersama anak-anak di laman Facebook miliknya sehinggalah status Facebook terakhirnya yang memeranjatkan semua orang.


Dikemasan terakhir Facebooknya, Christina meminta maaf kerana berpura-pura gembira dan bahagia selama ini. Beliau juga tidak sanggup meninggalkan anak-anaknya di dunia ini tanpa seorang ibu. Bagi dirinya tiada sesiapapun mampu menjaga anak-anaknya selain dirinya.

Ketika kejadian, bapa kepada kanak-kanak malang ini berada di luar bersama kawan-kawannya. Dia menerima pesanan teks dari Christina yang mengatakan mencintainya dan meminta maaf kerana akan menamatkan riwayatnya bersama anak-anaknya.


Semuanya sudah terlambat apabila Christina ditemui maut. Lebih menyedihkan, kedua-dua anaknya juga ditemui cedera parah di rumahnya dan maut di hospital. Pihak polis telah mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh dan bunuh diri. Namun, motif pembunuhan dan bunuh diri masih dalam siasatan.

AWASI ORANG TERSAYANG !



Menurut Manual Diagnostik dan Statistik Masalah Mental IV (DSM-IV), diagnosis kemurungan hanya boleh dilakukan jika terdapat sekurang-kurangnya lima simptom kemurungan yang hadir untuk tempoh sependek dua minggu. Signifikan kehadiran simptom-simptom ini perlu ketara sehingga menjejaskan aspek sosial dan pekerjaan seseorang.

Simptom-simptom itu termasuk:

1. Emosi negatif
2. Anhedonia (Tidak lagi berasa bahagia dengan perkara yang digemari)
3. Perasaan tidak endah
4. Hilang minat dan rasa seronok
5. Hilang minat terhadap hubungan seks
6. Perasaan sedih
7. Rasa letih
8. Hilang berat badan dan selera makan secara mendadak
9. Mengalami gangguan tidur
10. Mudah sensitif
11. Resah
12. Keliru
13. Kadar konsentrasi yang lemah
14. Kesunyian
15. Perasaan negatif:
16. Hilang harapan, rasa tidak berguna, rasa bersalah, ingin membunuh diri
17. Masalah-masalah fizikal termasuk: Sakit belakang, sakit kepala, pening, kesakitan kronik dan masalah perut.

Wanita adalah lebih cenderung menghidap kemurungan berbanding lelaki dengan kadar nisbah 1:2.
Kongsi artikel ini. Mungkin ada nyawa yang bakal diselamatkan.

Powered by Blogger.