Header Ads

5 Teknik Berhenti Merokok Paling Berkesan Yang Syarikat Rokok Taknak Anda Tahu


Tahukah yang merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok? Dengan kata lain, merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu pada badan kita.

Kenapa Korang Harus Berhenti Merokok?

Dekat kotak rokok sendiri pun dah tertulis yang merokok membahayakan kesihatan dan rokok tradisional ni memang terbukti boleh membawa kita untuk menempa kematian dengan pelbagai jenis penyakit tak diundang. Namun cabaran utama sebagai perokok adalah bagaimana untuk menangani ketagihan ini dengan cara terus berhenti atau dengan bantuan alternatif lain.

Apakah Faedah Yang Diperolehi Dengan Berhenti Merokok?


Ramai yang mengeluh bila awek bising sebab kita merokok. Iyalah kalau ikutkan mana ada perempuan yang suka dengan perokok ni. Bila dia sanggup terima korang tu, maknanya memang dia sayangkan korang dan dia masih lagi sabar dan beri peluang untuk korang perbaiki diri. Kalau korang berhenti rokok, memang awek atau isteri korang la manusia paling bahagia atas muka bumi ni. Barulah mereka rasa selesa nak bergaul dengan korang berbanding dengan seorang yang berbau macam ashtray sebelum ni. Haha.

Keluarga dan anak-anak korang pun tumpang bahagia juga bila korang berhenti merokok ni kerana mereka tidak lagi menjadi menyedut asap rokok korang tu. Dan paling penting adalah kesihatan diri korang sendiri. Bila umur makin meningkat, barulah akan datang kesedaran betapa pentingnya kesihatan ni.

Mesti korang cakap dalam hati, “Aku tahu la semua ni tapi macamana cara yang boleh buat betul-betul berhenti?!!”

Ok sabar. Cuba fikir balik berapa banyak duit yang dah korang laburkan kepada rokok. Katakan kalau sehari korang beli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan = RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun). Kalau korang salurkan duit tu kepada pelaburan selama 10 tahun, korang dah ada RM18,000.00 dalam akaun simpanan. Itu kalau Rokok yang harganya RM5 sekotak macamana pulak kalau rokok korang tu harga RM17 sekotak ye? Kiralah sendiri. Heh.

Bagaimana Nak Berhenti Merokok?


Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

1. Tetapkan tarikh untuk berhenti. Manusia berjaya harus ada misi dalam hidup.
2. Yakin diri. Kalau bukan diri kita yang kena yakin pada diri sendiri dulu, siapa lagi kan?
3. Buatkan nota peringatan. Tampal kat tempat yang senang dilihat
4. Katakan pada diri anda "saya bukan perokok".
5. Sentiasa berfikiran positif yang korang mampu.
6. Dapatkan sokongan orang terdekat yang tidak merokok dan sayang anda.
7. Gunakan alatan terapi pengganti nikotin seperti nanoSTIX

Teknik berhenti merokok

Ini adalah teknik berhenti merokok seperti yang kami dapatkan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri dan beberapa cara lain yang berkesan mengikut pengalaman sendiri, ataupun orang sekeliling. Dari terlalu banyak, Ohmedia ringkaskan menjadi 5 tips yang padat sahaja dan gerenti berkesan.

1. Melengah-lengahkan.

Kalau rasa nak hisap rokok tu, cuba lengahkan dulu dengan membuat sesuatu perkara yang lain. Contohnya sibukkan diri dengan main game dekat phone tu ke, call awek korang dulu ke, pergi ambil wudhuk dan solat ke, atau buatlah apa sahaja yang membuatkan korang terleka seketika daripada rokok.

2. Banyakkan Minum Air

Banyakkan untuk minum air masak dan kurangkan air manis apalagi yang ber’kafein kerana ianya hanya membuatkan korang rasa ingin merokok. Bila nak minum air tu, basuh tangan sekali dengan sabun biar wangi. Untuk rasa lebih segar lagi, rajinkanlah diri untuk mandi dengan lebih kerap.

3. Mengunyah Sesuatu

Dengan hanya mengunyah sesuatu, akan buat mulut korang terasa sibuk dan tak ada masa nak merokok. Memang tak seronok hisap rokok sambil mengunyah. Jadi sentiasa kunyah sesuatu seperti gula-gula getah dan buah-buahan agar terlupa terus tentang rokok.

4. Kurangkan Bergaul Dengan Perokok

Bila korang bergaul dengan perokok, memang jadi masalah besar untuk korang berhenti rokok. Kalau boleh semasa dalam proses berhenti rokok ni, cuba jauhkan dan jangan tengok sesiapa pun yang sedang merokok. Banyakkan bergaul dengan orang yang tidak merokok dan sentiasa memberi dorongan dan peringatan tentang bahanya rokok kepada diri korang dan keluarga.

5. Gunakan alat terapi pengganti Nikotin.


Ini kalau yang follow Instagram Ohmedia mesti tahu sebab baru-baru ni Ohmedia ada kongsikan dan lebih menarik, kami sendiri menggunakan ini dan akhirnya mana-mana staff yang merokok terus berhenti merokok.

Tak semua orang boleh berhenti merokok dengan hanya berbekalkan keazaman dan dorongan semata-mata. Ada yang memerlukan alatan yang boleh membantu untuk berhenti. Antara yang paling popular di Malaysia adalah nanoSTIX yang telah terbukti banyak membantu para perokok untuk membebaskan diri mereka daripada merokok dengan begitu cepat sekali.


NanoSTIX menggantikan ketagihan kepada Nikotin yang terkandung di dalam rokok dengan membekalkan Nikotin secukupnya kepada tubuh-badan agar tidak rasa mengantuk, lemah, tidak bersemangat, atau ketagihan untuk kembali menjadi seorang perokok.

Peranti dengan teknologi dari USA dan flavor/perisa Nano-Nicotine yang dikeluarkan oleh anak Malaysia sendiri ini merupakan satu anjakan paradigma untuk menggantikan rokok tradisional barasaskan tembakau yang telah wujud sejak sekian lama.

Kami pernah berkongsi tentang NanoSTIX ini di Instagram Oh! Media dan ramai yang ingin membelinya. Jadi, NanoSTIX buat masa ini boleh dibeli melalui Oh! Media Shop dengan harga edisi starter pack RM148 sahaja dan ianya dijamin dapat membantu sesiapa sahaja yang mahu membebaskan diri daripada rokok secara total.
Powered by Blogger.