Header Ads

Merekalah Hero Sebenar Rakyat Malaysia Yang Tidak Didendangkan


Tahu tak kita ada komando dalam POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM). Tak ramai yang tahu. Tu yang pasti. Kebanyakkan bila sebut sahaja Polis kebanyakkan kita akan fikir polis yang berbaju seragam biru. Dan ramai yang ingat pasukan Komando ini wujud dalam Askar sahaja.

Malah saya (penulis) pun tidak tahu bahawa pasukan Komando ini wujud dalam polis. Yang saya tahu pasukan polis selain yang berpakai baju seragam biru pekat ini yang berada selalu disisi kita ada juga pasukan polis lain separa military iaitu Pasukan Polis Hutan (PPH) skrg dikenali sbg PGA (Pasukan Gerakan Am). Tak terfikir dalam fikir saya ada lagi pasukan yang mencabar dalam PDRM yang boleh saya katakan terbaik dikalangan yang terbaik iaitu 69 KOMANDO.

Ya mereka dinamakan VAT69 atau 69 Komando.



"KAMI TAK MINTA DIKENALI CUKUPLAH DOA SEMUA"

Mereka adalah pasukan polis yang jarang dikenali dan boleh dikatakan agak samar kewujudannya. Mlah secara rawak, apabila pihak kami bertanya pada anggota polis sendiri tak ramai yang cakna mengenai mereka.. apa lagilah kita sebagai rakyat marhaen.

"Tidak Mengapa Tidak Dikenali.. Asal Allah kenal"


Ayat ini diterapkan pada mereka. VAT 69 (Very Able Trooper) atau 69 Komando merupakan sebuah pasukan khusus multi spektrum iaitu pasukan yang mempunyai kemampuan menyeluruh di darat, udara dan laut, berpengkalan di Markas Briged Utara Ulu Kinta, Perak. Markas operasi tersebut diketuai oleh Timb. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam sebagai Ketua Staf Markas PGK.



Jejak mengenai VAT69 ini menemuikan saya dengan novelis hebat, MelurJelita yang telah mengangkat kisah mereka dalam dua (2) buah novel the Unsung Hero dan The One yang benar-benar membuat saya terkesima dan terharu. Perceritaan beliau untuk menyiapkan 2 buah novel dan cerita mengenai pasukan VAT69 benar-benar membuka fikiran saya. Ya Allah sampai begitu sekali sikap anggota VAT69 yang sungguh-sungguh CINTAKAN NEGARA INI penuh rahsia penuh dedikasi, penuh iltizam dan tidak tergambar rasanya pergorbanan mereka. Tidak ada ungkapan apa yang penulis rasakan.

*** semua informasi ini anda semua boleh lihat di Google. Hujung jarikan?

Anda semua ingat tak zaman insurgensi, peristiwa bukit Janalek dan pencerobohan di Lahad Datu ? Google lah

Tahukah anda pasukan mana yang berjaya mematahkan pemberontakan kejadian ini.

Mereka selalu menyembunyikan "SIAPA MEREKA YANG SEBENAR".


Kami di OHMEDIA rasa seperti ingin mendekati VAT69 ini. Ternyata bukan mudah. Pasukan yang tidak mahu nama mereka dipandang. Pasukan yang tidak mahu mendabik dada. Malah semua anggota dah diterapkan dengan ayat Tidak Mengapa Tidak Dikenali.. Asal Allah kenal.


Alhamdulillah setelah berhempas pulas cuba berhubung dengan pihak 69 Komando, kami dijemput untuk menyaksikan sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) ke 48 pasukan tersebut yang berpangkalan di Markas Briged Utara PGA Ulu Kinta Ipoh.

Sedikit Info Sejarah VAT69


Ditubuhkan pada 23 Oktober 1969, 1600 pegawai dan anggota secara sukarela menjalani pemilihan awal yang dikendalikan oleh British 22nd Special Air Service Regiment ( 22 SAS ) daripada jumlah yang lulus ujian pemilihan dan menjalani latihan asas komando hanya 60 orang sahaja yang lulus dan membentuk trup pertama. Memang tak dapat bayangkan bagaimana latihan mereka.

Apa yang perlu anda tahu mengenai Anggota 69 Komando ini?

MMereka bersikap low profile. Tidak pernah mengisytiharkan diri mereka ada Komando. Tiada logo digunakan semasa operasi. Bila ditanya adakah mereka polis. Jawapan ya kami polis samada polis biasa atau dari PGA. Tetapi setiap kali ada gerak gempur atau apa sahaja pasukan mereka bersedia berkhidmat. Dan mereka bergerak dalam unit yang kecil. Kenapa kecil sebab setiap anggota mereka diterapkan skil dan kemahiran “killing machine” kemahiran seperti CIW, CQB, AIRBORNE, COMBAT DIVER, VIP PROTECTION dan banyak lagi. Untuk mereka yang pernah bermain Modern Warfare ( Call of Duty ) / Counter Strike ( CS ) mesti tahu karakter dan pergerakan taktikal ini hampir sama sahaja.


Baru-baru ini saya bertemu / berdepan anggota mereka yang berpakaian preman saya agak terkejut. Kerana penampilan mereka ada yang terlalu simple. Kerana apa ? kerana mereka terkenal dengan kepakaran penyamaran biar selekeh tapi BERILMU DIDADA.



Bagaimana nak menjadi VAT69 ! anda benar-benar berminat untuk menjadi Wira yang kental.

Untuk menjadi ahli VAT69 , ya syarat pertama mestilah seorang anggota PDRM. Tu syarat wajib ok. Dan apabila VAT 69 membuka peluang… Apa lagi. Mohonlah!!!

Proses pemilihan adalah merupakan satu program dimana pemohonan akan diuji dari segi ketahanan fizikal, mental, kematangan, kecekalan, keupayaan bekerjasama berkumpulan serta keupayan intelektual atau IQ & EQ


Setiap pelatih perlu melepasi beberapa peringkat demi peringkat untuk melayakkan diri bergelar KOMANDO

Selepas bergelar KOMANDO mereka harus mengikuti pelbagai lagi kursus kemahiran dan kepakaran. Bukan mudah ya menjadi seorang KOMANDO

Latihan demi latihan diperlukan dan diterapkan untuk memantapkan gelaran KOMANDO semasa berada di MEDAN kelak.

Pengorbanan & Fasiliti???


Diantara pasukan khas didalam negara dari ATM & PDRM, Pasukan 69 Komando ini adalah pasukan khas kedua tertua di Malaysia. Akan tetapi sehingga kini selama selama 48 tahun Kem 69 Komando masih ditempatkan di KEM PGA Ulu Kinta.

Bila agaknya mereka akan dapat kem sendiri dengan fasiliti mereka sendiri ?.

Psst! Kalau ada yang berminat nak beli barang mereka sila like page VAT69KDO.


Sumber: Sesetengah gambar dari Facebook Polis Diraja Malaysia.

No comments

Selain memberikan respon di portal Oh! Media ini, kami menggalakkan lebih banyak interaksi dilakukan melalui Facebook Oh! Media bersama jutaan lagi rakyat Malaysia. Pastikan anda tidak terlepas mengikuti pelbagai perkara baru di Facebook Oh! Media setiap hari.