Header Ads

Sebenarnya Tak ada “Low Season” Bila Ingin Melancong Ke Boracay! Biar Kami Beritahu Kenapa!

 
Boracay sememangnya destinasi percutian popular bagi ramai orang diseluruh dunia kerana ia merupakan salah satu pulau tercantik di dunia. Pantainya yang memutih, air laut yang biru, segala-galanya di Boracay cukup mendamaikan.

Tidak hairanlah mengapa Boracay sentiasa menjadi destinasi kegemaran untuk ramai orang yang kini boleh terbang ke sana dengan penerbangan tambang rendah terbaik dunia, AirAsia.

Mungkin menjadi pertanyaan ramai orang tentang perubahan cuaca sekitar bulan Julai hingga November di Boracay. Sejauh manakah ianya benar atau sekadar mitos semata-mata? Adakah ramalam cuaca boleh dipercayai?


Ia hanyalah mitos semata-mata. Ini kerana cuaca di Boracay pada tempoh “low season” sama je dengan bulan-bulan sebelumnya. Panas dan hujan sikit-sikit jer, tak lah seperti yang disebutkan oleh ramalan cuaca.

Sebenarnya siapa yang pergi ke Boracay pada tempoh masa ini sangat untung. Nak tahu kenapa?


Oleh kerana tengah “low season”, korang boleh lah jimat banyak untuk tambang penerbangan! Bila jimat banyak, itu maknanya korang boleh enjoy lebih lagi bila di Boracay nanti.

Hotel tak ramai orang sangat jadi harga pun jadi lebih murah. Pendek kata semuanya akan jadi murah bila “low season” ni. Dah tak ramai orang bolehlah nikmati percutian yang lebih tenang gitu.

Masa “low season” ni, cuaca tak panas sangat lebih kepada redup dan suhu lebih sejuk. Sesuai untuk sesiapa yang takut kulit mereka “terbakar”.





Banyak sangat aktiviti yang boleh dilakukan kat sana. Kalau sesekali hujan, jangan risaulah sebab waktu malam sentiasa akan dihiasi alunan muzik dan parti dari pelancong serata tempat.



Jadi lepas ni kalau ada yang kata jangan pergi ke Boracay dari Julai ke November, korang boleh beritahu dia yang semua itu hanya mitos dan pergi ke Boracay pada bila-bila masa pun tak akan membuatkan aktiviti korang tergendala bila berada di sana.

Info lanjut boleh rujuk di web AirAsia.



No comments

Selain memberikan respon di portal Oh! Media ini, kami menggalakkan lebih banyak interaksi dilakukan melalui Facebook Oh! Media bersama jutaan lagi rakyat Malaysia. Pastikan anda tidak terlepas mengikuti pelbagai perkara baru di Facebook Oh! Media setiap hari.