Header Ads

Selain Kerana Ada 4 Kamera, Apa Yang Buat Orang Berebut Sangat Nak Beli Huawei Nova 2i Ni?


Satu dunia memang dah tahu dan bercerita tentang Huawei Nova 2i ni dan betapa hebat smartphones yang dilengkapi 4 lensa kamera dan dilengkapi dengan paparan skrin FullView. Dengan spesifikasi yang hebat tapi dijual pada harga yang murah, memang sesuatu yang sukar nak diterima akal. Tapi disebalik spesifikasi atas kertas, apa lagi yang membuatkan Nova 2i ini menjadi rebutan ramai?

Dijual pada harga cuma serendah RM1,299 tetapi mempunyai banyak lagi kelebihan mengikut perkembangan teknologi terkini, tidak syak lagi ini merupakan smartphones paling berbaloi untuk korang beli pada hari ini. Tak pelik kenapa punyalah ramai orang beratur sejak awal bagi untuk menjadi yang terawal memiliki smartphones ini di Pavilion tempohari.




Tentunya banyak flagship smartphones yang lebih berkuasa dari Nova 2i ni tapi kalau nak dibandingkan harga dia, jelas memilih Nova 2i adalah pilihan yang cukup tepat. Abaikan dulu tentang 4 kamera dia, kita tengok apa yang menjadian Nova 2i sememangnya smartphones yang amat berbaloi untuk dimiliki.



Walaupun kerangka Nova 2i cuma bersaiz 5.5 inci, tapi teknologi display pada Nova 2i membolehkan korang memiliki saiz skrin 5.9 inci FHD+ yang cukup cantik. Ini bermakna korang akan dapat saiz skrin yang lebih besar dengan resolusi kekal 1080 x 2160. Tak ada lagi mana-mana smartphone dengan harga seperti Nova 2i mempunyai kelebihan seperti ini.


Ada smartphones canggih pun kalau bateri tak tahan buat apa kan? Itu sebabnya Huawei Nova 2i ni dilengkapi dengan bateri bersaiz 3340 mAh dan dikawal oleh pengurusan kuasa Kirin 659 bagi membolehkan kapasiti bateri Nova 2i tahan lebih lama dalam penggunaan setiap hari.




Bermain game yang berat seperti Mobile Legend, Clash of Clans, mahupun sekadar Angry Bird langsung tak menjadi masalah untuk Nova 2i berfungsi dengan baik. Bayangkan performance yang baik pada skrin yang besar memang akan memberikan kepuasan maksimum kepada pemiliknya.


Tak ada gunanya juga kalau skrin besar tapi tak ada “multi-tasking” kan? Nova 2i didatangkan bersama dengan fungsi multi-tasker yang hebat seperti split screen yang membolehkan korang menggunakan 2 aplikasi secara berasingan di bahagian atas dan bawah secara serentak.




Suka ambil gambar? Sudahlah dilengkapi dengan 4 kamera, siap ada Smart ambient flash pulak lagi. Ini membolehkan Nova 2i mengesan jarak antara phone dan muka anda dan melaras kadar kecerahan flash. Ini sekaligus akan menghasilkan gambar yang natural. Untuk yang gemar ber’selfie’, ini memang tercipta khas untuk korang juga.


Bagi pengguna yang mementingkan bunyi audio di smartphones, Huawei tidak lupa untuk menyediakan yang terbaik. Ini terbukti dengan kesungguhan Huawei menggunakan teknologi algorithm ke dalam Nova 2i ini yang menjanjikan kadar bass dan treble yang memadai biarpun hanya mempunyai 1 speaker sahaja. Serius jenama lain kena contohi usaha Huawei ni.


Jadi fikirlah baik-baik dengan harga cuma RM1,299 korang bukan sahaja dah boleh jadi power user dengan kemampuan mengambil gambar yang cantik malah boleh juga bermain game tanpa rasa jemu di smartphones. Bonus kerana mempunyai audio yang best juga sememangnya merupakan faktor utama mengapa Huawei Nova 2i ini menjadi rebutan orang ramai untuk memilikinya sehingga ke hari ini.


Untuk membuat pembelian Huawei Nova 2i ni dan menjadi antara manusia paling bertuah di atas muka bumi kerana memiliki smartphones canggih pada harga semurah ini, korang boleh buat pembelian terus secara online di VMALL [klik]. Lebih mudah dan efisyen.



No comments

Selain memberikan respon di portal Oh! Media ini, kami menggalakkan lebih banyak interaksi dilakukan melalui Facebook Oh! Media bersama jutaan lagi rakyat Malaysia. Pastikan anda tidak terlepas mengikuti pelbagai perkara baru di Facebook Oh! Media setiap hari.