Header Ads

20 Tips Mudah Untuk Dapatkan Rambut Yang Cantik Dan Sihat


Bagi orang perempuan, rambut merupakan “mahkota” paling bernilai untuk diri mereka termasuklah juga bagi wanita yang bertudung. Kerana itulah penjagaan rambut sangatlah penting kerana rambut boleh dikatakan menjadi pengukur kecantikan seseorang wanita.



Tidak kurang juga untuk sang jejaka di zaman moden ini yang juga turut mementingkan penjagaan rambut mereka sama seperti kaum wanita. Ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk dapatkan rambut yang sempurna seperti yang diinginkan.


Berikut kami kongsikan 20 tips mudah untuk mendapatkan rambut yang cantik dan sihat yang boleh korang cuba sendiri tanpa perlu berhabis banyak.

1. Lakukan cucian rambut secara berkala seperti selang sehari antara yang disarankan atau sebaiknya jika terasa kulit kepala terlalu berminyak. Sambil mencuci tu urut dan gosok kulit kepala untuk beberapa ketika sehingga diyakini bersih dari segala kotoran.

2. Pilihlah syampu dan perapi yang betul dan tepat untuk jenis rambut korang. Kalau tak jumpa, mintalah nasihat dari pakar rambut seperti di salun di mana mereka boleh melakukan ujian ke atas kulit kepala korang untuk mencari produk penjagaan paling sesuai.

Baru-baru ini, L'Oreal Paris baru sahaja mengeluarkan set penjagaan rambut yang diformulasikan dari pelbagai sumber terdiri daripada asas bahan ramuannya termasuklah peladang, botanis, dan saintis dan akhirnya maka terhasil sejenis botanikal paling terbaik di dunia. Ini memang satu pilihan yang cukup sempurna.

Ramuan set penjagaan rambut dari L'Oreal Paris ini sepenuhnya dari bahan asas berkualiti tinggi dari eropah. Bukan sahaja memfokuskan kepada ramuan yang digunakan, malahan botol dia sahaja pun dah 100% bahan kitar semula dan sangat mesra alam.

Set penjagaan Botanicals Fresh Care ini didatangkan dalam 4 variasi seperti berikut:





Semuanya bebas dari silikon, parabens, dan colorants. Setiap set mengandungi 4 produk iaitu syampu (RM39.90), conditioner (RM29.90), mask (RM49.90), dan leave-in treatment (RM49.90).

Ianya telahpun mula dijual dan bagi yang nak nak beli tu, korang terus beli online dekat website HERMO jer!


3. Elakkan mencuci menggunakan air panas kerana ia menjadikan rambut kasar, kering dan susah untuk diurus. Bilasan rambut dengan air sejuk adalah lebih tepat untuk melembutkan kutikel rambut agar lebih kelihatan segar dan lembut.



4. Jika korang wanita muslimah yang bertudung, adalah menjadi satu kesalahan besar jika memakai tudung ketika rambut masih basah. Pastikan rambut benar-benar kering terlebih dahulu sebelum memakai tudung. Rambut yang bertutup dalam keadaan basah boleh menyebabkan kelemumur dan hujung rambut bercabang. Selain itu, kulit kepala yang tidak kering menyebabkannya berminyak.

5. Gunakan sikat bergigi lebar untuk menguruskan rambut terlebih dahulu selepas sahaja membuka tudung. Selepas itu barulah cuci rambut tu dengan sempurna. Tips ini dapat mengelakkan rambut gugur dengan banyak ketika mandi atau ketika rambut di cuci.


6. Sebaik pulang ke rumah, jangan terus mencuci rambut. Buka tudung dan lepaskan rambut dahulu. Biarkan peluh pada liang kulit kepala kering dahulu sebelum mencuci rambut.

7. Pilihan anak tudung perlulah tepat. Gunakan tudung tudung yang diperbuat daripada gentian semula jadi seperti kain kapas. Lagi satu, elakkan dari memakai anak tudung yang terlalu ketat.

8. Elakkan mengulang pakai anak tudung yang sama tanpa dicuci. Jagalah kebersihan rambut dengan menjaga juga kebersihan anak tudung dan tudung yang disarungkan setiap hari.

9. Walaupun terdapat begitu banyak fesyen bertudung berlapis-lapis, namun sebaiknya pilihlah gaya tudung yang tidak begitu tebal lapisannya. Ini bagi membolehkan kulit kepala ruang benafas dan mengelakkannya memerangkap banyak peluh dan minyak.

10. Untuk mendapatkan kulit kepala yang sihat, diet yang baik juga sangat penting. Penjagaan dalaman! Ambillah makanan tambahan seperti biotin, silica, Vitamin B, C dan E, besi dan Omega-3.

11. Sepanjang memakai tudung, biasanya rambut diikat ketat. Oleh itu, apabila berada di rumah, lepaskannya selama yang boleh. Rambut yang kerap diikat menjadikannya mudah gugur dan mengubah tekstur halusnya.

12. Elakkan mengikat rambut terlalu ketat. Longgarkan ikatan getah rambut agar rambut mampu ‘bernafas’ dengan baik dan sempurna.

13. Lakukan trim pada rambut untuk membuang bahagian yang merekah dan bercabang. Lakukan ini sendiri sebulan sekali tanpa perlu berhabis duit ke salon.

14. Gunakan pewangi rambut untuk disembur ke serata rambut sebelum dan selepas memakai tudung sekirangnya ada bau yang kurang enak terhasil akibat pamakaian tudung dalam tempoh yang panjang.

15. Walaupun korang bertudung, sebenarnya korang masih perlu mengaplikasi penggunaan serum atau pelembap rambut. Tapi sebaiknya, hanya pakai pada waktu malam sebelum tidur ataupun beberapa jam sebelum memakai tudung.

16. Dalam masa bertudung itu, jika ada peluang menanggalkannya (seperti di surau atau ketika ke tandas), bolehlah dilakukan urut ringan ke kepala untuk memberi kelegaan dan rasa relaks. Ini menjadikan rambut lebih sihat dan kelihatan segar.

17. Sebulan sekali kunjungi salon rambut untuk mendapatkan rawatan rambut dan kulit kepala. Mengurut kulit kepala membantu melancarkan aliran darah agar rambut dapat tumbuh dengan sihat dan mengurangkan stress.

18. Tahukah tak yang memilih tudung berwarna lembut boleh memberikan kesan sejuk kepada kulit kepala? Ini secara tak langsung akan menggalakkan pertumbuhan rambut berbanding dengan memakai tudung berwarna gelap.


19. Sama juga seperti kulit di wajah, kulit kepala juga memerlukan sentalan atau eksfoliasi untuk membuang sel kulit mati. Diasarankan untuk mencampurkan beberapa sudu kecil gula bersama syampu dan gosok ke kulit kepala. Tapi ingat, jangan gosok dengan kuku sebaliknya gunakan hujung jari untuk menyental secara lembut. Cuba lakukan seminggu sekali sudah memadai.

20. Selepas bersyampu, jangan culas memakai perapi rambut. Sapukan perapi hanya pada bahagian helaian rambut. Jangan terkena pada kulit kepala untuk mengelakkan kulit kepala berminyak.

Diharapkan dengan perkongsian 20 tips ini menjadikan rambut anda lebih cantik dan sihat selepas ini.

Nak Menang 2 Set Botanicals Fresh Care Tak?

Oh ya, kalau korang refer point nombor 2 tu kami ada 2 set Botanicals Fresh Care untuk dihadiahkan. Kalau nak menang mudah sahaja;

1. Like page HERMO MALAYSIA.
2. Beritahu kami kenapa anda nak menang 2 set Botanicals Fresh Care ni di sini.
3. Share post di Facebook Oh! Media.

Selamat mencuba!!

No comments

Selain memberikan respon di portal Oh! Media ini, kami menggalakkan lebih banyak interaksi dilakukan melalui Facebook Oh! Media bersama jutaan lagi rakyat Malaysia. Pastikan anda tidak terlepas mengikuti pelbagai perkara baru di Facebook Oh! Media setiap hari.