Header Ads



11 Makanan Harian Yang Boleh Menyebabkan Kanser


Tahukah anda lebih daripada 20,000 orang meninggal dunia disebabkan oleh kanser setiap hari. Malah penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja tidak mengira umur mahupun jantina.

Kanser atau juga dikenali sebagai barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun, adakalanya sel ini bertambah secara tidak normal hingga menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal.


Sel kanser boleh terjadi di mana-mana sahaja bahagian badan dan ia boleh merebak ke bahagian lain seterusnya menyebarkan virus ke seluruh badan. Sel ini merebak kesan dari faktor genetik, persekitaran, dan gaya hidup.

Bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti sentiasa tertekan, kurang aktiviti bersukan, tidak mengawal pemakanan dengan baik, atau mempunyai berat badan berlebihan sangat terdedah kepada pelbagai jenis kanser.


TANDA-TANDA & SIMPTON KANSER

Simptom tempatan:

Biasanya bonggol atau ketulan luarbiasa (tumor), pendarahan hemorrhage, sakit dan/atau ulser. Tekanan kepada tisu sekeliling mungkin menyebabkan simptom seperti demam kuning.

Simptom metastasis (merebak):

Kelenjar limfa, batuk dan hemoptysis, hepatomegali (hati bengkak), sakit tulang, tulang berkenaan retak dan simptom neurologi. Walaupun barah lanjut mungkin menyebabkan sakit, ia bukannya tanda pertama.


Simptom sistemik:

Penurunan berat badan, anoreksia dan kakeksia (kurus), peluh berlebihan (peluh malam), anemia dan phenomena paraneoplastik khusus, contoh. keadaan khusus yang disebabkan oleh barah aktif, seperi thrombosis atau perubahan hormon.


11 JENIS MAKANAN HARIAN YANG BOLEH MENYEBABKAN KANSER

1. Makanan yang di BBQ


2. Makanan yang di goreng dengan minyak yang banyak seperti goreng pisang, keledek, kentang fries & wedges, kerepek.


3. Daging yang dimasak dengan api atau suhu yang sangat tinggi.


4. Makanan yang diawet dengan garam atau nitrate yang berlebihan. Contoh : makanan tin, telor & sayur masin, sausage, daging salai.

5. Nasi yang disimpan lama. ( mengandungi aflatoksin )


6. Makanan yang berkurangan serat dan tinggi lemak trans.

7. Roti yang telah berkulat dan roti yang disimpan lebih 2 hari dalam cuaca panas boleh menyebabkan kanser hati.


8. Organ dalaman  seperti hati, buah pinggang dan otak lembu.

9. Produk-produk tenusu kerana kebanyakkan lembu diberi suntikan Growth Hormone dimana Growth hormone ini menyokong kepada pengembangan kanser sel.

10. Makanan-makanan yang bergula.

l1. Makanan yang mengandungi MSG.

Serangan kanser akan memberi kesan yang besar dalam kehidupan seseorang. Jadi, wajar untuk setiap individu menjaga kesihatan dengan baik bagi mencegah penyakit ini daripada peringkat awal dengan mengamalkan cara hidup sihat dan melakukan pemeriksaan kesihatan dengan kerap.

Akan Tetapi Tahukah Anda Kanser Boleh Diubati?

Anda boleh lakukan pemeriksaan bagi mencegah kanser di Hospital KPJ. Malah selain itu, bagi yang baru sahaja menghidap kanser, ketahuilah anda masih boleh dirawat kerana terdapat pebagai perubatan di hospital tersebut. 


Terdapat pelbagai kaedah merawat kanser yang kini digunakan seperti pembedahan, Kemoterapi, Radioterapi, Terapi Sasaran, dan juga Imunoterapi.

Jangan biarkan masa anda berlalu untuk meratapi kanser kerana kanser bukan pengakhiran sebuah kehidupan.






No comments

Selain memberikan respon di portal Oh! Media ini, kami menggalakkan lebih banyak interaksi dilakukan melalui Facebook Oh! Media bersama jutaan lagi rakyat Malaysia. Pastikan anda tidak terlepas mengikuti pelbagai perkara baru di Facebook Oh! Media setiap hari.