Header Ads

"Dulu Saya Pun Takut Anak Demam Lepas Kena Vaksin" - Dr Taufiq Razif


Bercakap tentang vaksin ni, ianya memang isu yang tak pernah habis. Pelbagai alasan diberikan untuk tidak menghantar anak mereka vaksin. Perbuatan ini pada Ohmedia tak lebih dan tidak kurang sebagai mementingkan diri sendiri. Bila anak dijangkiti penyakit berbahaya dan membahayakan nyawa kanak-kanak lain, tak ke itu perbuatan yang pentingkan diri sendiri?

Baca luahan hati Dr Taufiq Razif di Facebooknya tentang bagaimana penerimaan beliau sendiri tentang vaksin ini dan sejauh mana kesedaran untuk memastikan anak-anak kita tidak terkecuali untuk divaksin.

Saya ingat lagi pengalaman pertama kali vaksin anak sulung saya tu. Saya dan isteri sendiri yang sediakan ubat demam untuk anak saya takut-takut anak saya demam lepas kena cucuk!

Alhamdulillah syukur anak sulung saya tu takde demam pun lepas vaksin tu. Jujur saya faham je perasan ibu muda yang baru pertama kali nak vaksin anak kan. Takut anak demam dan takut anak sakit kan. Saya dan isteri pun sama je dengan ibubapa yang lain masa mula-mula nak vaksin anak sulung dulu walaupun kami berdua doktor.

Keluarga saya sendiri pun ada yang anti sangat dengan vaksin tapi bila anak dia asyik sakit je dan dia sendiri sedar yang anak dia lemah nak berhadapan dengan dunia luar yang penuh dengan kuman yang berbahaya maka dia pun ubah fikiran untuk vaksin anak dia. Alhamdulillah anaknya sekarang sihat walafiat dan cerdik sangat.

Masa lepas vaksin tu saya sendiri yang sediakan ubat paracetamol untuk anak saya kot la dia demam kan. Memang risau la sikit kan tapi bila pandang mata comel anak sulung saya tu saya jadi sayu je. Saya lebih risau kalau dia tak divaksin!

Kenapa?

Bahaya tak vaksin ni bukan main-main. Berpuluh jenis kuman dasyat yang berlegar dalam masyarakat kita boleh serang anak kita bila-bila masa je. Saya nasihat bukan sebab saya baca buku teks je bahaya tak vaksin ni tapi saya tengok dengan mata kepala saya sendiri antaranya :

TETANUS

- masa ni saya pelajar perubatan lagi. Ada sorang pakcik datang ke wad kecemasan dengan badan kaku seluruh tubuh. Ingatkan kena serangan strok kan. Tiba-tiba je pakcik tu menggelupur kejang dan badannya jadi lurus dan kaku dan badan dia mengeras macam papan! Rupanya tengah kena serangan tetanus ataupun masyarakat kita biasa sebut kancing gigi

BATUK KOKOL / PERTUSSIS

- Kalau korang tengok bayi yang kena pertussis ni kan mesti korang menangis sebak. Bayi yang kena batuk kokol ni menangis pun susah sebab asyik duk batuk. Ada tu sampai biru tak boleh bernafas sebab batuk tak berhenti!

DIFTERIA

- Kalau masuk je kes difteria ni mesti semua perawat dan petugas hospital terpaksa pakai mask sebab penyakit ni sangat berjangkit! Saya sendiri periksa mulut pesakit difteria ni dan nampak ada macam benda warna kelabu (pseudomembrane ) dekat dengan anak tekak dia. Jangan main-main dengan benda tu. Sekali benda tu tertelan masuk dalam perut boleh mati anak kita tau sebab dalam tu ada toksin yang sangat berbahaya.

Jadi saya harap kepada ibubapa kat luar sana yang taknak vaksin anak, fikir la dalam dalam dan fikirkan jugak keselamatan anak kita yang kita sayangi tu. Ni saya nukilkan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli bin Mohamad Al Bakri daripada Irsyad Al Fatwa ;

" Dalam hal ini Islam amat menitikberatkan keselamatan umat manusia. Sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan untuk maslahah ummah hanya diperakukan oleh syarak sekiranya tidak bercanggah dengan Maqasid Syar’iyyah iaitu menjaga agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta. Menurut fuqaha’, sebarang penyakit perlu dihindari, dirawat dan diubati. Dalam konteks ini pencegahan daripada sebarang bentuk gejala yang boleh menjejaskan kesihatan dan nyawa adalah menjadi pegangan dan keutamaan ajaran Islam.

Semoga dengan pencerahan ini kita tidak ragu lagi dalam mengizinkan penggunaan vaksin oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk maslahat dalam kalangan kita ".

Jadi, jom kita vaksinkan anak tanpa ragu-ragu lagi. Saya pun nak amik vaksin pneumococcal untuk anak saya jugak lepas ni. Jom!

#JanganLupaCucuk
#LengkapkanImunisasi

Kredit: Dr Taufiq Razif
Post asal di https://www.facebook.com/taufiq.razif/posts/1632211276798814

1 comment:

  1. APAKAH ANDA TERTARIK DALAM MEMENUHI PINJAMAN, PINJAMAN BISNIS ATAU UNTUK MEMBAYARKAN BILL ANDA. SEEK TIDAK ADA perusahaan pinjaman keuangan Harrison yang lebih baik, MS, AS MUNGKIN UNTUK MEMBERIKAN ANDA APA YANG ANDA INGINKAN. KAMI ADALAH PERUSAHAAN PINJAMAN YANG TERDAFTAR DAN BERSERTIFIKAT. KAMI MENAWARKAN PINJAMAN JANGKA PANJANG DAN JANGKA PANJANG. KAMI MEMILIKI BANYAK INDUSTRI BANYAK KEMBALI KE KEHIDUPAN DAN KITA KEMBALI IDE BISNIS YANG BAIK DENGAN MENYEDIAKAN DANA UNTUK MEREKA MULAI. KAMI MEMILIKI JARINGAN INVESTOR YANG BERSEDIA UNTUK MENYEDIAKAN DANA UNTUK APA SAJA BAGI PERUSAHAAN DAN INDIVIDU PADA TARIF RENDAH DAN 2% TARIF TERJANGKAU. ANDA TIDAK MEMBUTUHKAN JAMINAN APAPUN UNTUK PINJAMAN ANDA JIKA TERTARIK ANDA DAPAT MENGHUBUNGI KAMI VIA E-MAIL DI pearlharrison8p@gmail.com DENGAN INFO INI


    APLIKASI DATA



    1) Nama:

    2) Negara:

    3) Alamat:

    4) Negara:

    5) Jenis Kelamin:

    6) Tanggal Lahir:
     
    7) Agama:
                        
    8) Status perkawinan:

    9) Pekerjaan:

    10) Nomor Telepon:

    11) Posisi saat bekerja:

    12) penghasilan bulanan:

    13) Diperlukan jumlah pinjaman:

    14) Durasi pinjaman:

    15) Tujuan pinjaman:

    16) Sudahkah anda melamar sebelumnya:

    Terima kasih.

    ReplyDelete

Selain memberikan respon di portal Oh! Media ini, kami menggalakkan lebih banyak interaksi dilakukan melalui Facebook Oh! Media bersama jutaan lagi rakyat Malaysia. Pastikan anda tidak terlepas mengikuti pelbagai perkara baru di Facebook Oh! Media setiap hari.