Header Ads

(REVIEW) Gandingan Kajol & Dhanush Dalam VIP 2 Cipta Kelainan


Minggu lalu, Oh! Media serta krew berpeluang untuk menyertai malam pratonton filem terbaru lakonan hebat Kajol dan pelakon Tamil terkenal Dhanush yang berlangsung di KLCC.

Wow, memang meriah dengan kehadiran tetamu kehormat serta beberapa selebriti Malaysia. Seperti biasa, Oh! Media yang sudah sedia peminat filem Bollywood memang teruja untuk menjadi penonton terawal filem ini.

So, Oh! Media nak share dengan korang kenapa korang patut tengok filem ni. Tapi sebelum tu, meh nak cerita sinopsis dia sikit.


SINOPSIS

VIP 2 merupakan sebuah filem mengisahkan  seorang lelaki yang bernama Raghuvaran lakonan Dhanus yang penganggur akhirnya berjaya mendapatkan jawatan jurutera di sebuah syarikat. Dia ni memang jenis happy-go-lucky dengan caranya sendiri. Kalau tengok gaya dan penampilan, orang pandang sebelah mata je la, tapi sebenarnya ada sesuatu yang istimewa pada dia ni. Biarpun dengan kehidupan yang sederhana Raghuvaran projek yang dihasilkan untuk syarikat meletop dan diterima dengan baik oleh pelangang.

Namun, konflik mula timbul apabila Raghuvaran telah menolak tawaran pekerjaan dari syarikat pembinaan terkenal milik Vasundhara Parameswaran lakonan Kajol. Si Kajol ni watak dia lain sikit, sebab antagonis, ego, berlagak, sombong, poyo semua dia lah. Hehe. Bila Raghuvaran tolak tawaran kerja dari syarikat dia, dia rasa tercabar apatah lagi projek yang dihasilkan tidak berjaya menambat hati pelanggan. Jadi bermula dari situlah Raghuvaran melalui pelbagai kesukaran untuk berhadapan dengan perangan gila si Vasundhara ni.

REVIEW 


Filem ini bukanlah filem cinta, tapi kisah hubungan sesama manusia. Konflik yang banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Kisah antara Raghuvaran dan Vasundhara yang tegang kerana keegoan dan sikap sombong serta berlagak yang wujud dalam diri Vasundhara kerana kejayaan yang dimiliki.

Dalam filem ni, Kajol membawa watak yang berlainan, bukan senang nak tengok beliau melihatnya menjadi watak antoganis. Bergandingan dengan pelakon hebat filem Tamil yang sememangnya hebat iaitu Dhanush memamg lakonan kedua-duanya sangat memberi kesan.



Jalan cerita filem ini pun menarik untuk ditonton. Cerita dan dialog mempunyai message yang tersendiri.

Bagi Oh! Media, filem ni memang best dan fun untuk ditonton seisi keluarga. Isu yang diketengahkan tak berat dan terlampau serius. Korang akan tergelak berdekah jugak dengan menonton banyak scene yang melucukan.

Nak tahu macam mana jalan cerita dan ending dia korang kena tengok sendiri lah. Cepat-cepat pegi book tiket sebelum sold out!

TRAILER


No comments

Selain memberikan respon di portal Oh! Media ini, kami menggalakkan lebih banyak interaksi dilakukan melalui Facebook Oh! Media bersama jutaan lagi rakyat Malaysia. Pastikan anda tidak terlepas mengikuti pelbagai perkara baru di Facebook Oh! Media setiap hari.