Header Ads

Lelaki Kahwini Gadis Di Filipina Yang Menerima Hadiah Kotak Kasutnya 15 Tahun Lalu


Siapa sangka satu kiriman kotak kasut yang dihantar oleh seorang kanak-kanak lelaki kepada gadis susah di Filipina 15 tahun lalu akhirnya menjadi titik percintaan hingga menjadikan mereka suami isteri.

Semuanya bermula apabila Amerika Syarikat telah menubuhkan sebuah program kemanusiaan Kristian yang bernama Samaritan's Purse untuk membantu mereka yang memerlukan menjelang perayaan Krismas.



Melalui program itu, kanak-kanak akan menghantar sebuah 'Kotak Kasut" yang berisi hadiah yang terdiri daripada mainan, alat tulis ataupun barangan peribadi kepada kanak-kanak miskin di negera lain. Penghantar haruslah menyertakan sebuah kad dengan sekeping gambar milik mereka di dalam kotak hadiah tersebut.

Maka disinilah bermulanya kisah cinta Tyrel Wolfe dan Joana Machan.


Tyrel telah menghantar sebuah kotak kasut kepada Joana yang tinggal di Filipina 15 tahun yang lepas. Oleh kerana terharu dengan hadiah yang diterimanya, Joana mengirimkan sepucuk surat kepada Tyrel untuk mengucapkan terima kasih namum surat tersebut tidak sampai kepada Tyrel.

Walaupun selepas beberapa tahun, masih berasa terhutang budi dengan hadiah yang diberikan Tyrel, Joana nekad untuk menjejakinya di Facebook.

Walaupun pencariannya bukan mudah kerana, Tyrel tidak menerima Friend Request darinya kerana berlainan negara dan tidak mempunyai 'mutual friend'.



Namun selepas beberapa bulan kemudian, Tyrel mengubah fikiran dan menerima Friend Request dari Joana kerana mula berasa curiga dengan identiti gadis itu. Malah memulakan berbicara dengan pertanyaan,

"Bagaimana awak kenal saya?"

Joana mula menceritakan tentang kotak kasut yang dikirimnya, namun ia tidak mudah untuk buat Tyrel mempercayainya. Tyrel bertanya lagi, 

"Jika benar awak menerimanya, apa yang ada didalam kotak tersebut?


Walaupun Joana tidak dapat mengingati semua yang ada didalam kotak tersebut namun hanya satu perkara yang diingati iaitu sekeping gambar kanak-kanak lelaki bersandar didinding kayu serta memegang tali. 

Sejak itu, mereka mula berbalas mesej di Facebook dan hampir setahun setengah Tyrel mengumpul wang untuk terbang ke Manila untuk menemui Joana. 


Oleh kerana menyedari mereka saling mencintai, Tyrel memohon keizinan dari bapa Joana untuk menjadikan anak gadisnya sebagai isteri. Malah, untuk membuktikan keikhlasannya Tyrel juga mempelajari bahasa Tagalog.

Pada bulan Oktober 2016, Tyrel dan Joana telah melangsungkan pernikahannya di Idaho, Amerika Syarikat.

Sumber: WOB

2 comments:

  1. Anonymous06:30

    Oh omaigod ! This shocking me to hell . Btw congrats then happy married both of you ��

    ReplyDelete
  2. Anonymous16:44

    suwit

    ReplyDelete

Selain memberikan respon di portal Oh! Media ini, kami menggalakkan lebih banyak interaksi dilakukan melalui Facebook Oh! Media bersama jutaan lagi rakyat Malaysia. Pastikan anda tidak terlepas mengikuti pelbagai perkara baru di Facebook Oh! Media setiap hari.