Header Ads

Facebook dan WeChat Punca Utama 13 Ribu Pelajar Hamil Luar Nikah



Menurut rekod daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seramai 13,381 remaja telah hamil sejak tahun 2015.

Penolong pengarah kanan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pendidikan mengesahkan bahawa 3,980 daripadanya belum berkahwin.

Noor Azizan Abd Hadi berkata daripada jumlah itu, 1,100 individu masih bersekolah manakala 2,880 tidak lagi bersekolah. Namun, tidak menyatakan status baki remaja yang hamil.

Menurut beliau lagi, Facebook dan WeChat menjadi medium paling kerap digunakan remaja bawah umur untuk berkomunikasi dengan pasangan masing-masing sebelum terlanjur.

“Pengetahuan dan kesedaran remaja mengenai salah laku seksual pada tahap sederhana sekaligus mendorong dan menjadi punca remaja bawah umur terdedah seks bebas,” katanya.

Sumber: The Malaymail Online



No comments

Selain memberikan respon di portal Oh! Media ini, kami menggalakkan lebih banyak interaksi dilakukan melalui Facebook Oh! Media bersama jutaan lagi rakyat Malaysia. Pastikan anda tidak terlepas mengikuti pelbagai perkara baru di Facebook Oh! Media setiap hari.