Header Ads

9 Tempat Makan Menarik Wajib Singgah Bila Datang Ke Sunway Velocity Mall!


Untuk yang tinggal di sekitar Cheras dan KL, mesti dah tahu tentang Sunway Velocity Mall yang baru dibuka beberapa bulan yang lepas tapi mungkin ada yang belum sempat untuk ke sana jadi dalam artikel ini Ohmedia nak kongsikan beberapa tempat makan yang Ohmedia rasa menarik untuk korang cuba sendiri.

1. Makan Makan by Parkson (G-16, 3rd Floor)



Makan Makan by Parkson adalah medan selera yang setakat ini hanya ada di Fahrenheit88 dan juga Sunway Velocity Mall. Ada 2 lokasi sahaja di Malaysia. Menariknya di sini terdapat pelbagai pilihan makanan yang boleh korang dapatkan pada harga serendah RM6 tapi dijamin buat perut kenyang gila.



Antara yang menjadi kegemaran Ohmedia bila ke sini adalah menu Nasi Lemak Ayam Rempah (RM6), dan juga Nasi Goreng Nenas (RM6).


Teh Tarik pun RM1 aje kat sini! Jadi boleh makan sekenyangnya pada harga RM7 sahaja. Jimat kan? Ini memang kami sarankan untuk korang cuba sendiri. Belanja kawan-kawan pun tak apa sebab tak beri kesan pun pada ketebalan wallet korang. Hehe!

2. Black Canyon (2-16, 2nd Floor)


Sekali-sekala nak ubah selera makan makanan Thailand apa salahnya sebab di Sunway Velocity Mall korang boleh cuba makan di Black Canyon ni.




Kalau belum pernah cuba makan kat sini, lepas ni korang mesti cuba makan sebab dia punya menu semua terbaik. Dah puas makan pekena pulak dengan coffee dia memang terangkat!


3. NY Steak Shack (2-27, 2nd Floor)


NY Steak Shack ni memang dah popuar dekat Malaysia ni untuk kumpulan yang minat sangat makan steak. Kalau korang salah seorang darinya, kita geng! Hehe. Sekarang ni menu baru yang tengah meletup di NY Steak Shack ni adalah Sizzling Bulgogi Ribeye Steak dan K-Pop Feast Platter. Ala-ala western digandingkan dengan Korea pulak tu. Macamana perginya? Terbaik beb!

Terletak di tingkat 2 Sunway Velocity Mall, sememangnya NY Steak Shack mampu menyelesaikan keinginan steak paling awesome yang boleh jumpa di KL ni. Memang berbaloi.

4. The Manhattan Fish Market (2-26, 2nd Floor)


Ini memang tempat makan yang tak perlu diperkenalkan lagi lah ye tak? Lokasi di tingkat 2 Sunway Velocity Mall, restoran yang sangat terkenal dengan makanan laut yang sangat sedap dan popular ini seringkali diserbu kerana begitu popular di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit.



Kalau korang memang suka makanan laut jadi datang ke Sunway Velocity Mall dan jangan lupa untuk menikmati sendiri kenikmatan makan di The Manhattan Fish Market.

5. Fish & Co (B-23, B1 Floor)


Selain yang dah Ohmedia kongsikan kat atas tu, korang juga boleh ke Fish & Co di tingkat B1 Sunway Velocity Mall sebab korang makan sampai muntah pada harga dalam gambar kat atas tu. Lepas tu siap boleh pilih 2 item percuma pulak lagi.

Boleh kami katakan yang Fish & Co ni memang sesuai juga dijadikan sebagai tempat berkumpul ramai-ramai dengan keluarga dan kawan-kawan. Suasana dia pun rasa chill je memang best.

6. Simple Life Vegetarian (B-03, B1 Floor)


Untuk yang mungkin nak ber’diet atau jenis vegetarian, Simple Life juga ada di sana dan turut terletak di tingkat B1 sama level dengan Fish & Co. Korang boleh order pelbagai variasi makanan berasaskan sayur-sayuran yang menyenyangkan.

Kalau korang bukan jenis vegetarian sekalipun tak salah cuba makan kat sini sebab hiadangan dia yang sedap tu buat kita tak rasa berbeza pun macam makan di kedai-kedai lain cuma makan di sini lebih menyihatkan badan.



Ini memang kena cuba sendiri walaupun sekali.

7. Pastamania (1-23, 1st Floor)


Kalau yang Ohmedia cerita tadi belum buat air liur korang meleleh, ok fine! Mungkin lah tekak korang tu berselera Itali. Haha! No problem bro sebab bila korang naik tingkat 1 kat Sunway Velocity Mall tu, ada nampak restoran nama Pastamania yang menyediakan pelbagai jenis Pasta mengikut selera anak-tekak korang.


Pastamania ni juga bersebelahan dengan Family Mart so korang boleh singgah ke situ juga untuk beli apa-apa snek lepas puas dengan hidangan Itali korang tadi.

8. Food Street Food Precinct (4th Floor)


Kalau korang datang ramai-ramai tapi lebih suka buat pilihan dari pelbagai jenis makanan mengikut selera masing-masing, jangan risau sebab boleh naik ke medan selera di tingkat 4, Sunway Velocity Mall ni. Pelbagai jenis menu makanan yang akan cover semua jenis selera dan citarasa korang. Paling best ada Boat Noodle dan Mr. Tuk Tuk kat situ! Suasana kat Food Street Food Precinct juga sangat sesuai untuk bergambar atau ber’selfie sebab dekorasi yang dibuat kat sini sangatlah cantik.


9. Aragan Yokocho


Aragan Yokocho ni merupakan “Asia’s Largest Japanese Boutique Restaurant” yang merupakan kombinasi daripada 10 restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan mengikut kepakaran dan keistimewaan masing-masing.


Restoran ni juga berkonsepkan 4 musim iaitu musim bunga, musim panas, musim luruh, dan juga musim sejuk bersesuaian dengan negara Jepun yang mempunyai 4 musim ini. So duduklah dekat mana yang korang nak untuk feeling-feeling macam berada di Jepun.


Dengan lebih ratusan menu untuk dipilih, gerenti susah nak buat keputusan makan apa. Tapi jangan risau, boleh tanya dengan pelayan dia ataupun boleh cuba antara signature menu kat sini macam Salmon Wasabi Mayo (gambar kat atas tu), Negi Toro (Ikan Tuna dengan spring onion), atau Tai Bainiku (Kakap Merah dengan plum jeruk).


Menariknya di restoran ni mereka turut sediakan Yukatas untuk lelaki dan perempuan. Bila masuk kedai macam ni, dapat sarung pakaian Jepun barulah cantik nak bergambar kan? Jangan risau kalau tak reti nak pakai sebab pelayan restoran ni sedia membantu korang.


____

Pendek kata korang tak akan lapar kalau datang Sunway Velocity Mall ni sebab ianya merangkumi semua. Daripada nak shopping, nak rehat-rehat, sampailah nak makan semuanya dah disediakan dengan sangat rapi kat sini.

Ini baru beberapa kedai sahaja yang pernah Ohmedia cuba so itu sahaja yang sempat kami kongsikan. Ada banyak lagi sebenarnya tempat makan best kat Sunway Velocity Mall ni dan koranglah pulak yang kena cuba sendiri.

Sunway Velocity Mall beroperasi dari 10 pagi sampai 10 malam pada setiap hari termasuk cuti umum. Untuk mendapatkan pelbagai info lain berkaitan Sunway Velocity Mall, boleh layari laman Facebook mereka di Facebook.com/SunwayVelocityMall ataupun di laman web www.sunwayvelocitymall.com


1 comment:

  1. Halo,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini melalui e-mel untuk memohon dan mendapatkan pinjaman segera: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete

Selain memberikan respon di portal Oh! Media ini, kami menggalakkan lebih banyak interaksi dilakukan melalui Facebook Oh! Media bersama jutaan lagi rakyat Malaysia. Pastikan anda tidak terlepas mengikuti pelbagai perkara baru di Facebook Oh! Media setiap hari.