Header Ads

Review: Kamera Huawei P10 & P10 Plus


Huawei memang sangat popular sebagai smartphones yang mempunyai kamera yang sangat baik dan mampu menghasilkan gambar yang sangat berkualiti tinggi. Itu adalah sebab utama mengapa Huawei terutamanya P10 & P10 Plus menjadi pilihan ramai terutamanya bagi mereka yang sangat mementingkan kualiti gambar yang diambil menerusi dwikamera evolusi, dari Huawei P10.

Hampir sebulan menggunakan Huawei P10, Ohmedia telah banyak kongsikan gambar- gambar contoh dan juga perbandingan Huawei P10 dengan smartphones lain termasuklah Samsung Galaxy S8+ dan juga iPhone 7 Plus. Hasilnya Huawei P10 yang dilengkapi Leica Dual Camera menghasilkan gambar yang sangat mengagumkan.

Close Up


Menghasilkan gambar close-up menggunakan Huawei P10 atau P10 Plus ternyata sangat mudah. Gambar yang terhasil sangat “sharp” dan berkualiti tinggi walau apapun subjek yang korang fokuskan.


Kurang Cahaya / Malam


Kebanyakan smartphones memang bermasalah besar bila ambil gambar pada waktu malam ditempat yang kurang cahaya. Tapi lihat gambar di atas ini bila kami ambil gambar “Satay” di lokasi yang sangat kurang cahaya tetapi gambar yang terhasil dari Huawei P10 seolah-olah ditempat yang bercahaya lampu terang. Bagaimana ini berlaku? Ini kerana Huawei P10 dilengkapi dengan sensor dan software yang genius untuk memberikan kita hasil yang seolah DLSr.

Hanya perlu pilih mode “Night shot”, set ISO dan shutter speed kepada AUTO, dan kamera Huawei P10 akan lakukan yang lainnya untuk korang. Untuk hasil yang lebih baik gunakan tripod bila ambil gambar pada waktu malam ya!

Portrait Mode


Semua orang tahu yang ini memang salah-satu mode kamera di Huawei P10 & P10 Plus yang menjadi faktor utama mengapa ianya sering diperkatakan. Ini kerana features ni sangat awesome! Kerana P10 dan P10 Plus dilengkapi dengan dual lens dari Leica, jadi P10 mampu menghasilkan gambar portrait yang sangat baik lebih-kurang sama seperti di iPhone 7 Plus. Malah dari perhatian kami, kebiasaannya gambar yang dihasilkan P10 & P10 Plus lebih baik lagi dari iPhone 7 Plus biarpun pada waktu malam. Apalagi bila waktu siang kan?!





Objek Tidak Bergerak (Bokeh & Zoom)


Aperture yang besar dan 2x dual-lens Hybrid Zoom pada Huawei P10 membolehkan lebih banyak lapisan gambar tercipta setiap kali gambar diambil. Ini membuatkan gambar yang korang ambil lebih kabur dibelakang apabila di zoom. Di kamera P10 ada menu untuk “Large Aperture Mode”. Kemudian gunakan 2 jari untuk zoom dan lihat sendiri gambar yang terhasil.

Selfie


Zaman sekarang ni memang zaman selfie jadi tak hairanlah mengapa smartphone berlumba-lumba untuk mengeluarkan kamera selfie yang terbaik. Selain dari memuatkan kamera hadapan yang baik, Huawei turut menambah-baik fungsi software pada P10 & P10 Plus seperti “Facial Resouching” dan juga “Bokeh”. Ini membolehkan korang untuk selfie dalam Portrait Mode, kemudian pilih “Art Effects” dan adjust sendiri “Skin Retouching Level”. Jangan terkejut tengok muka sendiri tiba-tiba jadi cantik! Haha.

Gambar-Gambar Lain








Secara keseluruhannya, bagi Ohmedia pengalaman dengan Huawei P10 & P10 Plus ni memang sangat mudah untuk ambil gambar yang cantik tanpa perlu banyak usaha yang membuang masa atau perlu jadi photographer hebat dulu.

Tak percaya? Korang boleh ke Instagram @ohmedia untuk melihat lebih banyak
perbandingan gambar dari Huawei P10 ini ataupun search sahaja #OhmediaHuawei di Instagram untuk carian yang lebih pantas.

Huawei P10 dan P10 Plus kini sudah mula dijual di seluruh Huawei Experience Stores dan reseller seluruh Malaysia pada harga rasmi cuma RM2,099 (P10) dan RM3,099 (P10 Plus).



1 comment:

  1. Halo,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini melalui e-mel untuk memohon dan mendapatkan pinjaman segera: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete

Selain memberikan respon di portal Oh! Media ini, kami menggalakkan lebih banyak interaksi dilakukan melalui Facebook Oh! Media bersama jutaan lagi rakyat Malaysia. Pastikan anda tidak terlepas mengikuti pelbagai perkara baru di Facebook Oh! Media setiap hari.