Header Ads

Ini Perkara Yang Masih Ramai Peniaga Makanan Tidak Ambil Tahu

Kalau korang memang pengusaha atau peniaga kedai makan atau tengah planning untuk berniaga makanan, pastinya korang tahu betapa pentingnya premis makanan yang bersih, selamat, dan sihat untuk pelanggan. Itu sebenarnya tips paling utama untuk menarik lebih ramai pelanggan datang ke premis perniagaan anda.

Ini adalah selari dengan komitmen Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan kualiti penyediaan dan penjualan makanan yang selamat dan sihat kepada rakyat Malaysia. Kalau korang peniaga makanan atau dalam perancangan untuk berniaga yang berkaitan makanan, artikel ini memang penting untuk korang ambil serius.


Pernah Dengar Tentang BeSS?

Skim pengiktirafan Bersih, Selamat, dan Sihat (BeSS) merupakan usaha dari KKM khusus kepada pengusaha premis makanan di Malaysia yang bertujuan untuk membantu pengusaha premis makanan untuk menyediakan makanan yang selamat dan sihat kepada rakyat Malaysia.

Ini bermakna jika korang merupakan pengusaha bagi premis makanan, anda perlu cepat untuk mendapatkan pengiktirafan ini sebelum ianya dikuat-kiasakan.

Matlamat pengiktirafan ini untuk membimbing serta menggalakkan pengusaha makanan menyediakan persekitaran premis yang bersih serta menghasilkan pengendalian/ penyediaan makanan yang lebih selamat kepada pelanggan.

Premis yang bersih, selamat dan sihat selepas ini akan memaparkan maklumat kalori makanan yang dijual agar dapat menjadi panduan kepada pelanggan untuk mengambil kalori yang sesuai dalam minu harian mereka.

Jika korang pengusaha restoran, gerai makan, kafeteria, kantin, mahupun foodtruck sememangnya amat digalakkan untuk cepat memohon pengiktirafan BeSS ini. Selain dari menambah keyakinan dikalangan pelanggan, korang juga akan menerima khidmat bimbingan dan nasihat yang akan diberikan secara percuma sahaja.

So cakap banyak pun tak guna cukuplah untuk korang yang meniaga makanan ni tahu tentang kewujudan pengiktirafan macam BeSS ni dan bertindak segera sebelum terlambat. Untuk memohon, korang boleh pergi Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing ataupun masuk website www.fsq.gov.my

Video

Tonton video di bawah ini untuk penjelasan ringkas dan padat tentang BeSS.

No comments

Selain memberikan respon di portal Oh! Media ini, kami menggalakkan lebih banyak interaksi dilakukan melalui Facebook Oh! Media bersama jutaan lagi rakyat Malaysia. Pastikan anda tidak terlepas mengikuti pelbagai perkara baru di Facebook Oh! Media setiap hari.