Header Ads

(6 Gambar) Bakal Menikahi Puteri Johor, Kenali Siapa Sebenarnya Dennis Muhammad

Gambar: Cerita Malay World
Seluruh Malaysia sudah pasti merasa gembira dengan berita penikahan puteri tunggal Johor, Tunku Tun Aminah Binti DYMM Sultan Johor dengan jejaka pilihan hati yang kacak iaitu Dennis Muhammad Abdullah yang akan berlansung secara tertutup pada 14 Ogos ini.

Semenjak berita itu diumumkan, ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan pemuda yang berjaya menambat hati puteri cantik ini.

Jadi ini adalah sedikit sebanyak latar belakang, Dennis Muhammad Abdullah.

BERUSIA 28 TAHUN, ANAK KEDUA


Dennis Muhammad atau nama sebenarnya Dennis Verbaas dilahirkan pada 1 Mei 1989 di sebuah bandar berdekatan Amsterdam.

Beliau merupakan anak kepada pasangan Martin dan Henriette Verbass dan anak kedua daripada 3 orang adik beradik.

PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN


Dennis menerima pendidikan di Floretto College Hillego The Netherlands, kemudian menyambung pengajian vokasional dalam bidang kejuruteraan mekanikal di ROC Leiden, The Netherlands. 

PELUK ISLAM SEJAK 2 TAHUN LEPAS


Dennis telah memeluk agama Islam pada 13 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru serta dipimpin oleh pegawai agama untuk mempelajari Islam seperti Solat, berpuasa, mengaji Al-Quran pengajian akhlak dan tulisan jawi selain dididik dalam Bahasa Melayu, budaya etika dan juga protokol istana.
"Mulai tahun ini, Dennis Muhammad diasuh dan dipimpin oleh keluarga angkat yang diperkenan tuanku. Jadual pelajaran agama ditambah dan prestasi beliau sentiasa dipantau oleh panel guru dan pendidik Jabatan Agama sehingga mencapai taraf yang diperkenankan. Dennis Muhammad lulus cemerlang dalam ujian tulisan, lisan dan praktikal."

KINI BERTUGAS SEBAGAI PENGURUS PEMASARAN DI SINGAPORA


Menurut info, pencuri hati Puteri Johor ini kini bertugas sebagai Pengurus Pemasaran di Tampines Rovers FC, Singapura namun menetap di Johor.

GEMAR BERMAIN BOLA SEPAK


Selain itu, Dennis juga bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebagai Pengurus JDT Concept Store and Cafe. Malah beliau juga gemar bermain bola sepak.

Sumber: Astro Awani

No comments

Selain memberikan respon di portal Oh! Media ini, kami menggalakkan lebih banyak interaksi dilakukan melalui Facebook Oh! Media bersama jutaan lagi rakyat Malaysia. Pastikan anda tidak terlepas mengikuti pelbagai perkara baru di Facebook Oh! Media setiap hari.