Header Ads

Memang “Kuat Wayang” Betul Beto Kusyairy Ni! Tak Ada Beza Dengan Kita


Sejak azali lagi kita semua memang berbakat untuk menjadi pelakon tak diiktiraf. Tapi itu memang biasalah kata-kata kena berlakon depan orang walaupun tak ada kamera tapi ramai sebenarnya yang hidup memang “kuat wayang”. Dia punya berlakon mengalahkan pelakon popular. Haha!

Orang biasa sebut “wayang kuat!!”. Hurm, kita semua biasa “wayang” ni dalam pelbagai sebab dan alasan yang tersendiri. Biasanya kita taknak orang tahu dan selalunya apa yang kita nak bagitahu hanya yang baik-baik sahaja untuk menutup aib dan kelemahan diri.

Tapi biasalah macamana kuat kita “wayang” sekalipun sampai masa dia akan kantoi juga. Tengok iklan raya Maxis yang hebat betul lakonan Beto Kusyairy ni sebab memang handal betul diorang suami isteri “wayang” bila depan orang. Dah macam ada pengarah dan kamera kat depan. Sabar jer lah!


Boleh tonton juga di Facebook Maxis. [klik di sini]

Banyak pengajaran dalam iklan raya Maxis kali ni untuk yang faham terutamanya yang dah berkeluarga lah. Biasa kita “wayang” depan orang nak tunjuk kita bahagia sentiasa. Tapi kita lupa ramai orang yang menjadi positif melihat “wayang” kita tu dan itu menjadi kekuatan dan kebanggan untuk mereka sendiri tanpa kita tahu.

Iklan Raya Maxis kali ni buat air mata Ohmedia berlinang sendiri bagaimana ia dapat menyentuh hati dan naluri yang kita sebagai manusia biasa semua ada kelemahan tersendiri dan bila dah berpasangan tu, seharusnya kita melengkapi antara satu sama lain dan kalau mampu terima tu, hidup ni tak perlu nak “kuat wayang” sangat pun takpe pasti bahagia.

No comments

Selain memberikan respon di portal Oh! Media ini, kami menggalakkan lebih banyak interaksi dilakukan melalui Facebook Oh! Media bersama jutaan lagi rakyat Malaysia. Pastikan anda tidak terlepas mengikuti pelbagai perkara baru di Facebook Oh! Media setiap hari.