Header Ads

Gadis Air Mineral Di Shell Kembali Lagi. Kali Ini Apa Pulak?!!


Kalau korang biasa pergi isi minyak dekat Shell sebelum ni, gerenti ramai gila yang terkejut dengan Gadis Air Mineral yang mengintai dari tepi tiang sambil pegang botol air mineral tu kan? Bila dah viral pasal ramai orang yang terkejut lagi-lagi bila malam, Gadis Air Mineral ni pun hilang sambil minta maaf sebab dah terperanjatkan ramai orang sebelum ni. Haha!

Foto: Munir Idris (Instagram)
Kusangkakan panas sampai ke petang! Kehilangan dia tak lama pun sebab baru-baru ni ramai netizen yang berkongsi Gadis Air Mineral ni dah muncul semula sekaligus menjadi bualan orang ramai apesal dia ada balik. Apa yang dia nak agaknya? Nak promosi air mineral lagi atau nak terperanjatkan orang disebalik tiang macam dulu? Hehe!

Foto: Nafie Fauzi (Instagram)
Sebenarnya kali ni, Gadis Air Mineral tidak lagi memegang air mineral sebaliknya kemunculan dia adalah untuk berkongsi tentang teknologi minyak baru Shell yang dipanggil DYNAFLEX.

Teknologi DYNAFLEX merupakan satu kaedah pembaikan yang dibangunkan oleh pihak Shell untuk semua jenis bahan api yang dijual oleh mereka. Teknologi DYNAFLEX ni mampu membersihkan dan melindungi enjin untuk sentiasa berfungsi dengan lebih efisyen. Ini memang bagus untuk kereta korang jadi lepas ni cubalah isi Shell dan rasakan kelainan dia sendiri.

Jadi itulah sebab Gadis Air Mineral ni muncul kembali. Kali ini lebih cute daripada biasa. Hehe! Nama sebenar Gadis Air Mineral ni ialah Shafila. Sebenarnya Shafila adalah rakyat biasa seperti kita semua yang mempunyai pelbagai impian tersendiri. Itu semua sebelum takdir menjadikan Shafila seorang public figure pada hari ini. Sekarang semua orang dah kenal dia sebagai Gadis Air Mineral.

Kalau nak kenal dengan dia, boleh tengok video kat bawah ni ya!

No comments

Selain memberikan respon di portal Oh! Media ini, kami menggalakkan lebih banyak interaksi dilakukan melalui Facebook Oh! Media bersama jutaan lagi rakyat Malaysia. Pastikan anda tidak terlepas mengikuti pelbagai perkara baru di Facebook Oh! Media setiap hari.