Header Ads

Susulan Kes Kaki Murid Terpaksa Dipotong, Ini Respon Pengetua Sekolah Terbabit


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian seorang pelajar sekolah tahfiz terpaksa dipotong kedua-dua belah kakinya akibat daripada disebat oleh seorang warden menggunakan getah paip. Kejadian ini mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia yang menyelar tindakan tidak terkawal warden tersebut sehingga akhirnya telah memusnahkan kehidupan pelajar tersebut.

Kami menerima salinan berkenaan jawapan ataupun maklumbalas yang diberikan oleh pengetua sekolah berkenaan. Jelas sekali ianya tindakan tidak bijak oleh seorang warden dan tidak sama sekali mewakili sebuah organisasi termasuklah pengetua sekolah tersebut, para guru, juga semua sekolah tahfiz lain di Malaysia yang terpaksa menerima tempias yang sama akibat perbuatan warden berkenaan.


Berikut merupakan kenyataan dari pengetua Sekolah Thaqif MTAJ (dari group whatsapp):

Assalamualaikum.

Saya tahu ramai sangat yg sedang argue. Tentunya.. Ramai yang minta penjelasan. Penjelasan yang macammana saya boleh buat? Kerana saya tak mahu dilihat sedang membela diri.

Demi Allah.. Sayalah org yg paling sayu hati dan terkilan semalam. Saya dapat tahu dari Pegawai Jabatan Agama Johor.

Thaqif masuk ke MTAJ batch kedua pd bulan feb2017. Dia lalui 40 hari pertama dgn kesukaran untuk serasikan diri. Tapi kami usahakan juga. Setiap hari didampingi... Sesekali kena marah, rasanya biasa. Rotan jauh sekali.

31 March 2017, jumaat, bonda thaqif datang nak berhentikan dia. Kerana thaqif kata disebat guna getah paip di tapak kaki.

Saya tak dapat beri sebarang penjelasan ketika itu kerana kena buat siasatan terlebih dahulu. Jadi petang jumaat tu thaqif dibawa balik. Masih boleh jalan sendiri. Sy memang ralat sgt tak peluk thaqif petang tu. Padahal beberapa kali saya pujuk dia dalam pelukan sebelum ni.

Siasatan kita dapati. Memang benar. Syafiq, pembantu warden ada sebat pelajar guna getah paip di tapak kaki. Saya sangat marah kerana mengapa getah paip... Saya buat teguran dan beri amaran.

Sebilangan pelajar dipanggil, diperiksa kaki. Alhamdulillah.. Tiada kecederaan. Dan pelajar terlibat terima keadaan tu bila syafiq minta maaf pd semua lepas syafiq ditegur. Guru2 kanan semua buat teguran. Tanda kami tak terima kaedah getah paip tu. Cuma masa itu kita terima permohonan maaf kerana puas hati bila tiada kecederaan pd fizikal pelajar.

Kejadian berlaku empat hari sebelum thaqif berhenti iaitu 28march. Hari2 selepas itu pun, kita dapati pelajar tiada yg mengalami kecederaan.

Saya panggil ke mesyuarat. Sy ulang dalam mesyuarat. Dasar MTAJ sangat berhati2 dgn menghukum pelajar. Petang thaqif berenti kami pemegang amanah terus mesyuarat utk tambah warden baru yg lebih dewasa dgn harapan pertimbangan akan lebih banyak.

Selepas itu masa berlalu... 20 hari thaqif dirumah.

Saya dapat makluman thaqif warded 19april 2017. Dan jadi lebih kritikal...

Kerana itu sy tak dapat jawab. Semua menuggu laporan perubatan. Polis pun menunggu laoran perubatan.

Syafiq digantung tugas serta merta.

Kami komited utk beri kerjasama. Saya dapat tahu jam 6.00ptg. Lepas maghrib sy gerak ke HSI. Satu malam sy tak lelap.. Memikirkan thaqif. Harini saya tak putus berhubung dgn ayah bonda thaqif.

Sy di madrasah solah hajat dgn pelajar. Kami doa panjang mtk Allah beri keajaiban. Mintak Allah beri yang terbaik.
Saya mohon maaf kerana tak dapat beri jawapan buat masa ini. Siasatan sedang dijalankan....

Syafiq salah kerana memilih getah paip.. Memang salah. Tak pasti apa yg dia fikir. Tapi sy terima kemudian bila kadar nya tidak sepatutnya mencederakan pelajar. Allahu mustaan.

Saya harap, tuan puan beri ruang pd Madrasah. Sikap individu tidak patut membusukkan madrasah secara keseluruhan. Apa lagi madrasah2 yg lain yg tak terlibat pun. Bila orang ramai turut memandang serong pd institusi madrasah. 😭😭😭😥😢😢

Mohammad Afdhaluddin Bin Ismail
Pengetua MTAJ

Kesiannya pada adik ini. Berikut adalah perkembangan terkini adik Thaqif;

Hari Ke2 - 20 April 2017
Selepas pembedahan kaki ptg semlm..keadaan Thaqif tak stabil...buah pinggangnya tak dpt berfungsi dengan baik dan proses pembekuan darahnya agak lambat..maybe disebbkn kuman dr kakinya..

Hari Ke3 - 21 April 2017
Keadaan makin worst...keadaan otot2 kaki sudah mati... pagi ni doktor decided utk potong kedua2 belah kakinya...that the best way 4 this time..satu cara utk elakkan dialisis buah pinggangnya..

Petang hari ke3 - 21 April 2017
Alhamdulillah pembedahan selesai. Kedua2 kaki telah dipotong.. doktor maklumkan kini kuman dah merebak ke tangan pula..

Hari ke4 - 22 April 2017
Semalam lps potong kaki... tangan kanan dh mula bengkak dan kehitaman...Awal pagi tadi.. doktor minta kebenaran...utk belah tangan Thaqif bagi kurangkan tekanan... kuman merebak sgt cepat....Sya dh redha apa jua ketentuan Allah....

Mohon doa rakan2...agar proses pembedahan kedua ni selamat dan dpt memberi impak positive pd buah pinggangnya..dan pulih semula. #DoakanAdikThaqif



+ Baca Respon Orang Ramai di Facebook Oh! Media.

58 comments:

  1. kerana sudah byk isu madrasah yg memalukan institusi ini sendiri.Ko ingat haiwan ke main pukul dgn batang paip.tak kira la mcm mana besar pun salah dia.Ibu dan ayah yg lahirkan dan besarkan pun tak buat dia mcm tu.sapa ko??tu ko duduk dlm lokap,biar korasa apa rasa duduk dlm lokap.ko ingat bole duduk saja ya.kalau sabit duduk penjara pulak.masa tu baru ko ada akal.tak dah terlambat la.Jenis hati binatang!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar , kau tak tahu cerita sebenar .

      Delete
    2. Johan shah kalau tahu cerita sebenar pon tak patut buat anak orang macam tu. Ni bukan sebat nak mendidik, tapi lepas geram. Tak kan besar sangat salah budak tu sampai kena sebat macam tu. Lepas da jadi macam ni baru yang lain amik pengajaran.

      Delete
    3. Cerita sebenar pun apa hak dia nak rotan anak org mcm tu sekali? Mendidik bukan perlu sampai merotan,

      Delete
    4. Merotan tu perlu kalau nk mendidik. Cuma cara dia yg salah

      Delete
    5. jangan la kita salahkan 1 pihak saja..pasal getah paip tu mak ayah pun ada je sebat anak2 dgn getah paip..setahu saya lepas arwah keluar dari sekolah tu 2 mggu selepas dia demam..mak dia yg kasi ubat tahan sakit yg mak dia punya dulu..korg penah tahu x ubat2 yg control medicine ni x bole diberikan pd sesiapa kecuali dgn consult dr doctor sndiri..ada kemungkinan ubat yg diberikan tu adalah sebab kenapa kuman kaki arwag merebak..cuba korg imbas balik..warden tu sebat kaki student secara rawak bukan belasah sorg2..kenapa yg lain x teruk mcm arwah? fikir dan jgn tuduh melulu..warden tu pun ada hati...bole fikir..mgkin salah dia sbb guna getah paip..dan bukannya batang kayu yg keras..saya pun penah dipukul dgn batang paip..tlg fikir apa rasa warden tu sekarang..jika kita ditempat dia..mesti korg pun rasa terkilan apa yg org tuduh korg ..

      Delete
  2. Itu la... Bile xboleh pkul or rotan pelajar ramai pulak orng xpuas hati... Ckp bdk2 makin lembik... Degil... Tapi bile jadi kes camneh... Warden lak disalahkn.... Sepatutnya... Kementerian kena buat satu S.O.P untuk bagi hukuman kt pelajar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pukul tapi bukan sampai tak ingt dunia,sekadar sebat untuk pengajaran,ini tak bila bagi muka disebatnya bertubi2,sampai budak tu teruk..itu manusia bukan haiwan cerita dia...

      Delete
  3. Kun faya kun..Allah nk kata jadi..jadilah..sy sendiri penah kene pukul dgn cikgu Aini dari SKTARP dengan kayu hingga patah walaupun bkn slh sy seorg..penah kena tampar berkali2 oleh cikgu math kuat mencarut dari sek yg sm kerana bodoh math..arini sy bukk pekung dada sy penah dihina cikgu2 gara2 sy jgk anak cikgu tp blja dikelas belakang..alhamdulillah sy menjadi manusia. Pada pndapat sy..komunikasi 2 hala diperlukn cikgu n parents la..jgn hukum yg melampau tp cukup mmberi pengajaran shj..rotan mungkin terbaik..xboleh hukum pun pyh jgk..sb akhir zmn ni bdk2 pndai jd tuan kpd org tua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Puan..yang penting ada SOP..Kalau dibiarkan anak2 juga ada yg besar kepala..Kesannya bila dia mula remaja& dewasa

      Delete
    2. Yg penting warden yg pukul budak tu..msti kene terima hukuman jgk..supaya jdi pengajaran pada yg lain..nak hukum pelajar pun..jgn la guna getah paip..rasa x sesuai..

      Delete
  4. getah paip.. bahan boleh libas mcm ekor pari... terlajak libas mcm2 boleh jadi...

    ReplyDelete
  5. ujian orang belajar agama dijalan allah...semoga allah memberi ganjaran pahala dan syurga kepada pelajar tahfiz dan serta ibubapanya.

    ReplyDelete
  6. kena juga getah paip kat betis dgn arwah abah dulu sbb buat salah. terus tak buat dah lps kena getah paip tu.

    ReplyDelete
  7. Semuanya kehendak Allah... Ayah pernah juga libas kaki sy dgn getah paip masa kecil dulu... Alhamdulillah takde masalah apa2 walaupun berbekas sampai 3 hari 3 mlm... Allah dh susun cerita yg terbaik utk hamba-Nya... InsyaAllah ada hikmah disebalik kejadian... Kita2 ni semua kena ambil iktibar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul saya setuju. Saya pun pernah disebat dgn teruk guna getah paip oleh arwah abah masa darjah 6 dulu. Alhamdulillah xda smpi potong kaki infection smpi tangan dan buah pinggang.

      Apa pun Kun Faya Kun kata Allah.. Maka jadilah..

      Bagaimanapun, saya berpendapat tidak mustahil kalau adik ni sudah mmg ada penyakit sedia ada yg x terkesan awal. Sebatan getah paip oleh warden itu hanya kebetulan hingga dilihat menjadi asbab.. Kerana berdasarkan pengalaman saya sendiri yg pernah disebab dgn getah paip smpi tegolek di lumpur, agak sukar untuk percaya sejauh mana getah paip boleh jadi penyebab kecederaan yg mengakibatkan jangkitan kuman yg begitu serius..

      Oleh itu, Perkara ini perlu siasatan menyeluruh dari keadaan kesihatan pelajar sebelum kejadian, selepas kejadian, apa berlaku sepanjang pelajar sudah berada luar asrama hingga masuk hospital..

      Apa pun saya tetap bersimpati dengan adik ini dan mendoakan semoga Allah beri keafiatan dan segera pulih.

      Delete
    2. Jangan samakan pengalaman awak kena sebat sewaktu kecil dengan kes yg terjadi dgn adik thaqif ni. Takkan lah sebab awak tak kena infection bila kena sebat sewaktu kecil dulu, orang lain yg kena sebat pun takkan kena infection? Kalau kita nak ikut logik awak, semua yg kena gigitan nyamuk aedes akan mati lah kan. Takde survivor langsung sebab byk kes yg penghidap denggi ni mati. Macam tu? Jangan sesuka hati je assume. Apa yg awak cakap ni seakan² meremehkan apa yg dilalui adik ni. Apa pun takziah kepada keluarga adik Thaqif 😔

      Delete
    3. Saya student medical science, gangrene pada kaki dia boleh berpunca drpd bekas sebatan warden tu sbb ada kemungkinan tempat yg sama dipukul berulang kali menyebabkan salur darah tersepit dan pecah menyebabkan pembekalan oksigen tidak sampai ke kaki kemudian diikutkan skali masalah buah pinggang yg dihadapi oleh adik ni memyebabkan kompenen2 yg sepatutnya disingkirkan drpd badan tidak berjaya disingkirkan dgn baik membawa akibat kompenen2 tersebut berpatah balik ke dalam badan dan memasuki salur darah, darah dipump oleh jantung keseluruh badan, infection merebak ke seluruh badan, maka angota2 badan yg lain juga terdedah dgn potensi untuk membentuk gengrene kerana mungkin kompenen2 yg tidak berjaya disingkirkan tersebut berkemampuan untuk menyempitkan salur darah yg lain, manakala cell gangrene pada kaki adik ini juga mungkin membawa kompenen lain yg boleh menyebabkan kawasan lain pada tubuh badan mendapat gangrene �� Namun ini hanya theory saya ���� mungkin juga kaki adik ini telah luka ketika disebat dan jenin microb yg boleh menyebabkan gangrene memasukki salur darah secara terus

      Delete
  8. Tunggu hasil siasatan dulu, tidak adil utk terus menghukum guru yg terbabit. Kita tak tahu apa yg berlaku selepas adik tu balik rumah. Apa sejarah perubatan beliau juga perlu diteliti. Ramai yg kena pukul cara yang sama cuma dia sahaja yang jadi begitu.

    ReplyDelete
  9. Masalah masyarakat kita ialah berlumba2 mahu menjadi hakim, meletakkan hukum tanpa usul periksa, hanya cukup dengan satu cerita. Kita tidak tahu mungkin ada perkara lain telah berlaku. Kita lupa perkara utama, bahawa semua yang berlaku adalah dalam perancangan Allah. Semoga Allah mengampuni kita. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju..
      Wlpun kaki dipotong hati penuh dgn alQuran.. Sunguh istinewa anak2 tahfiz nie.. Moga brsabar dgn ujianNya..

      Delete
    2. saya setuju....Allah tlah merancangkan sesuatu yg lebih baik selepas ini...moga Allah rahmati anak tahfiz ini.Allah sayang..didugaNya..nk tgk sjauh mana antara kita dgnNya...
      #kuatkan semangat mu dik...kasih sayang Allah sahaja lbih dr segalanya dn lebih mngetahui..:)

      Delete
  10. Mendidik dan menghukum adalah dua perkara yg berbeza... Islam mmg menggariskan hukuman... Ikutla ajaran islam...bukan hanya menggunakan apa yg tercapai dek tgn.. Memberikan komen jua harusla menilai perasaan keluarga kanak² tersebut terutama mangsa itu sendiri... Jika anak kita di tempatnya adakah kita akan komen sebegini juga??.. Gunakan akal yg waras berpandukan ajaran islam yg sebenar... Yg salah tetap salah walaupun atas dasar mendidik...matlamat tak menghalalkan cara...yg tergadai adalah masa depan kanak² syurga tersebut... Marilah kita bersama berdoa agar anak tersebut kembali sihat dan bersemangat utk meneruskan hidup... Juga tabahkan hati keluarganya menempuh dugaan seberat ini... Semoga anak tersebut segera sembuh dan di berikan Allah kesihatan yg terbaik... Amin.

    ReplyDelete
  11. Tumpuan saraf2 di tapak kaki. Yg kna rotan dgn ayah2 tu, kena di tapak kaki ke? Fikirrrr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di tapak kaki sambil sujud mmg x patut

      Delete
  12. Tumpuan saraf2 di tapak kaki. Yg kna rotan dgn ayah2 tu, kena di tapak kaki ke? Fikirrrr..

    ReplyDelete
  13. Warden yg xda otak.

    ReplyDelete
  14. Warden yg xda otak.

    ReplyDelete
  15. Sayangkan isteri tinggal tinggalkan.

    ReplyDelete
  16. Bagi saya x salah nk pukul dengan getah paip... even rotan pn x pe sebagai tunjuk ajar kepada murid2... saya sendiri pn membesar begitu.... mmg sy akui kaedah memukul tu bagus cuma ada tahap2 tertentu... pada saya, semua ni berlaku secara kebetulan, kerana murid2 yg lain tidak mempunyai masalah selepas dipukul, cuma kebetulan murid yg bernama thaqif ni mempunyai sedikit kecederaan selepas dipukul.. mungkin terdapat sedikit luka yg menyebabkan bacteria pemakan daging masuk kedalam luka nya tetapi tiada tindakkan diambil selain daripada membuat rawatan traditional... keadaan ni boleh dirawat sekiranya keluarga mangsa membawa ke hospital lebih awal sebenarnya.... tp apakan daya, mereka lebih percayakan perubatan traditional dari perubatan moden... dan apabila berlakunya perkara yg tidak diingini, mulalah mencari kesalahan seseorang....

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Tak patut pukul walau nakal mana pun ��

    ReplyDelete
  19. Ya Allah...korang semua tahu tak yang sebenarnya hanya rotan saja kita boleh gunakan untuk memukul atau merotan...tak boleh guna benda lain hatta tangan kita sendiri...itu pun dari pusat ke bawah sahaja...Islam dah ajar semua cara mendidik dengan merotan...tp kita haramkan rotan...pusat ke atas haram kita sentuh terutamanya bahagian muka...so belajar la semua kawan2..Islam agama yang indah..ada kajian yg pernah dibuat kalau kita merotan budak yang degil akan ada satu feedback otak untuk seseorang itu ke arah menjadi positif

    ReplyDelete
  20. Saya dah jadi cikgu 20 tahun...........takut sangat dengan tindakan dan perilaku saya sebagai guru. Zaman sekarang tak macam dulu...tak kisah lah tahfiz ke, sk ke atau Smk ke....tugas guru bermain dengan emosi dan pemikiran. Cuma, sebagai guru cuba fikir, kekadang ada tindakan kita yang sangat sesuai dan tepat, tapi kalau tindakan kta menjeratdiri kita sendiri? berbaloikah pekerjaan kita mendidik selama ni. Saya guru yang tak suka pukul - pukul, rotan atau cubit -cubit pelajar, memang nak buat kalau ikut hati beremosi ni, tapi kan... anak -anak sekolah ini adalah insan yang masih muda dan keanakan, bagi saya hanya mampu marah saja dan kalau dah melampau saya bawa jumpa guru disiplin, yang penting saya selamat budak pun dapat teguran atau tindakan guru disiplin yang berpada - pada ( Jangan sampai potong kaki)
    Guru Malaysia, yang ikhlas mendidik di alaf yang mencabar jiwa raga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju kenyataan cikgu...saya juga guru disiplin...takdaklah nk rotan...tapi murid hormat juga...kita kena jadikan anak didik kita sebagai kawan...bila perlu tegas baru kita tegas...pendekatan yg kita guna tue sgt2 penting...al fatihah utk adik thaqif...takziah utk keluarga arwah...ujian Allah s.w.t

      Delete
  21. Septicemic plague. Bukan kerana sebatan tu. Tapi infection.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye memang sbb infection. Infection melalui luka dari sebatan tu.

      Delete
  22. Sekolah Tahfiz patut di mansuhkan! Org yg mentadbirnya semua binatang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xbaik ckp mcm tu..xsemua sek tahfiz mcmtu..

      Delete
    2. Xbaik ckp mcm tu..xsemua sek tahfiz mcmtu..

      Delete
    3. kau tu bagus sangat ke ?nak mansuhkan sekolah2 tahfiz ni.cakap macam taik..

      Delete
    4. biarlah waras sikit

      Delete
    5. berfikir secara waras dahulu sebelum berkata2

      Delete
  23. Semua nak jadi hero susah la gini.. guru tu ptt dihukum.. klau tak sebat xde nye nk jdi potong kaki bagai la.. beri teguran pun dh ckup.. tu anak org bkn ank ko.. cube rasa anak sndri kena mcm tu.. ko nak salahkn sape.. dh kena btg hidung sndri baru tau.. hati xde perasaan..

    ReplyDelete
  24. Semua nak jadi hero susah la gini.. guru tu ptt dihukum.. klau tak sebat xde nye nk jdi potong kaki bagai la.. beri teguran pun dh ckup.. tu anak org bkn ank ko.. cube rasa anak sndri kena mcm tu.. ko nak salahkn sape.. dh kena btg hidung sndri baru tau.. hati xde perasaan..

    ReplyDelete
  25. Kesiannye adik ni.. Apela perasaan dia bila sedar dari koma.. Tgk kaki dh xde.. Moga allah permudahkan kehidupan adikni..

    ReplyDelete
  26. Kesiannye adik ni.. Apela perasaan dia bila sedar dari koma.. Tgk kaki dh xde.. Moga allah permudahkan kehidupan adikni..

    ReplyDelete
  27. Gila punya warden!budak kecik dilayan mcm tu.xada otak.semoga Allah melimpahkan rahmatnya pd thaqif.sabar....ada balasan utk org yg melampau.

    ReplyDelete
  28. Fuck n.butoh la ini madrasah.. kalau anak aku.. siap la korang ..ustaz tak ustaz aku terajang korang sampai maut!.. kuang hajooo.. mana ustaz ko ha.. buat malu islam dan muslim weihh.. malu aku..astaghfirullahalazimi..hilang sabar aku dgm madrasah tahfiz ini macam.. boleh blah la ustaz madrasah ni..pengetua ke.. si ustaz yg pukol tu ke.. pegi jahanamm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fux la ini madrasah.. kalau anak aku.. siap la korang ..ustaz tak ustaz aku terajang korang sampai maut!.. kuang hajooo.. mana sifat ustaz ko ha.. buat malu islam dan muslim weihh.. malu aku..astaghfirullahalazimi..hilang sabar aku dgn madrasah tahfiz ini macam.. boleh blah la ustaz madrasah ni..pengetua ke.. si ustaz yg pukol tu ke.. pegi jahanamm.. now adik ni dah meninggal.. jalankan hukuman qisas.. mati hukumnya mati.. !semoga adik tenang d sana.. innalillahi wa innalillahi rojiun.

      Delete
    2. Azizul othman..saya malu baca bait2 ayat kamu.... org sprt kamu trlalu emosional.. dan seolah2 tdk brfikir dgn waras.. agaknya kamu masih lg di bwh umur atau remaja yg brfikiran tdk cerdik... ckp pasal qisas.. bkn senang islam jatuhkn hukuman... siasatan trperinci perlu dibuat. Waima,kenapa arwah seorg yg teruk sedangkan murid lain tidak... malaslah nk tulis pnjang2....tak der guna. Sgalanya Allah yg Maha tahu. Harap hasil siasatan tiada cacat cela.

      Delete
  29. Tak salah nak pukul pakai getah ke kayu kah apa kah. Tapi apa yg saya dengar daripada guru disiplin di sekolah saya, guru tidak benarkan rotan pelajar, angkat tgn tu melebihi paras bahu. Mcm just antara pergelangan tgn ke siku saja yg hayunkan rotan, tak lebih dari itu. Jadi saya simpulkan bahawa warden tahfiz tersebut tak menggunakan cara dgn betul sehingga mnyebabkan kelukaan pada pelajar tersebut.lagipun sudah semestinya mndatangkan kesan kepada kaki pelajar sebab dia pukul dekat tapak kaki sambil sujud bukan? Ofcourse akan mndatangkan kejutan kepada bahagian atas kaki. Saya minta maaf sekiranya saya salah tegur. Warden tahfiz perlulah lebih memahami dan juga tahu akan batas2 mendidik dan sebagainya. Ramai saja warden yg garang2 tapi mereka tau apa yg mereka perlu dan tidak perlu buat.takziah kepada arwah adik thaqif. I admit that arwah tersangatlah kuat smpai mampu menahan sakit. Inalillah..

    ReplyDelete
  30. http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/04/25/cctv-rakam-thaqif-dipukul-di-tapak-kaki-dakwa-gabungan-sekolah-tahfiz/

    ReplyDelete
  31. Sebenarnya .... kata kata, lebih bisa dari getag paip. Tidak ada satupun yg membina. Pandai menghukum tapi tidak pandai menilai. Pandai melihat tetapi tidak pandai mengukur. Pandai berkata tapi tidak pandai dikota. Sebab nila setitik dibuang susu sebelanga. Ceritanya sehasta tapi karutnya berjela-jela. Apa nak jadi bangsaku....

    ReplyDelete

Selain memberikan respon di portal Oh! Media ini, kami menggalakkan lebih banyak interaksi dilakukan melalui Facebook Oh! Media bersama jutaan lagi rakyat Malaysia. Pastikan anda tidak terlepas mengikuti pelbagai perkara baru di Facebook Oh! Media setiap hari.