Header Ads

Pelajar Tahfiz Disebat Warden Di Kaki Mungkin Terpaksa Potong Kedua Belah Kaki


Sesuatu yang amat memeranjatkan bila kejadian seperti ini berlaku. Dikatakan seorang warden telah merotan pelajar di bahagian kaki atas kesalahan rakan lain. Selepas 2 minggu dari tarikh kejadian, pelajar tersebut mempunyai darah beku dan terkena jangkitan hingga melarat ke bahagian buah pinggang hingga merosakkan fungsi buah pinggang pelajar tersebut.



Akhirnya ibu-bapa pelajar ini dimaklumkan kemungkinan kedua belah kaki adik ini mungkin terpaksa dipotong. Berikut adalah emel yang kami terima;

Salam admin, untuk maklumat lanjut tengok fb ibu kepada mangsa, adik Mohd Thaqif.

Kesnya adik Thaqif ni dirotan kat kaki oleh warden. Atas kesalahan rakan. Peraturannya Kalau sorang buat salah, semua kena rotan.

Lepas 2 minggu, bekas rotan makin lebam sampai masuk ke HSI JB. Kat kaki rupanya darah dah beku dan kena infection, kemudian melarat hingga buah pinggang kena jangkitan sampai takleh proses, kena dialisis pulak. Makluman terakhir pagi tadi mgkin kedua2 kaki nak kena potong tapi tunggu keputusan dari doktor pakar.

Apa yg sedihnya, sampai hari ni masih belum ada pape siasatan dr pihak berkuasa ke atas warden yg kejam tersebut. Warden madrasah tahfiz di Johor Bahru. Mohon pihak berkuasa siasat perkara ni sbb tak nak anak-anak lain pula jadi mangsa! Anak-anak ini menghafaz ayat suci al quran kenapa didera sampai begini skali..

Tak mintak banyak.. mintak doa dari kawan2 supaya Allah berikan keajaiban buat adik ini yg menghafaz al-Quran. Diberi kesembuhan dan penawar..

Tq admin





Apapun tujuan kami memaparkan kisah ini bukanlah ingin menuding jari kepada mana-mana pihak. Cuma diminta kes ini dapat diangkat masuk ke dalam siasatan pihak berkuasa. Semoga kita dapat dengar pula cerita daripada pihak yang satu lagi untuk mencari kebenaran yang sebenar sebelum menghukum mana-mana pihak.

Diharapkan pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan sekaligus dapat membela nasib adik ini jika benar dia teraniaya. Apapun semoga adik ini dan keluarganya tabah dengan dugaan yang menimpa.

Apa kata anda?

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Update: Kami dimaklumkan murid ini disebat menggunakan getah paip di kaki.

7 comments:

  1. tangkap warden tu sebat 100 rotan di khalayak ramai. biar dia mampos

    ReplyDelete
  2. Ini pendapat saya. Saya nasihatkan semua berfikir betul2. Pikir masak2.

    1. Allah yang mencipta kejahatan. Klu kalian kata "Eh syaithan la". Sesungguhnya kalian dh melakukan satu perkara syirik. Sbb apa? Kalian seolah olah mengatakan syaithan ada kuasa, sedangkan Allah sahaja yg punyai kuasa dan pencipta syaithan itu sendiri.

    2. Kes ini adalah ujian Allah. Tiada siapa yg boleh halangnya. Allah nk test sejauh mana teguhnya iman kalian.

    3. Secara fitrahnya, manusia itu suci dari dosa. Yg menentukan agama mereka adalah ibu bapa. Lelaki tu x mungkin berpewatakan mcm tue dlm masa sehari. Bnyak faktor yg boleh menyumbang kpd kemaraham warden ni. Kita perlu ingat bahawa marah nie perangkap syaithan, CEO kemarahan. Dan dalam kes ini, syaithan dh berjaya membisik ke hati dia.

    Konklusinya, lelaki ini secara zahirnya memng bersalah. Akan tetapi jgn kalian sesekali pandang serong pada lelaki ini. Wallahi. Ini peringatan keras saya. Syurga atau neraka untuk lelaki ini bukan urusan kita, tpi antara dia ngan Allah. Ingatlah bahawa kasih sayang Allah itu lebih besar dari murkanya. Wallahu'alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Factors aside, what matters now is the punishment he should deserve for destroying a child and his family's future. And, as a muslim, you really shouldn't act insensitive over the crime this person did. As for everyone, like you said, we ought not to overreact in social media, however we should do all we can to help his victims.

      Delete
    2. I strongly agreed with 1NDECENT.

      "Lelaki tu tak mungkin berpewatakan mcm tu dlm masa sehari. Banyak faktor yg boleh menyumbang kpd kemarahan warden ni.." ini mungkin betul, tapi sebagai seorang Muslim, kita pernah belajar cara nak jauhi kemungkaran. Kalaupun dia sangat sangat marah, dia sepatutnya jauhi sesuatu yg buat dia jadi mcm tu.

      Dia siapa untuk mendera mcm tu sekali? Sedihnya saya tgk wajah Thaqif. Dia tahu ke dengan dia masuk ke boarding school, dia akan didera oleh warden yg tak berhati perut tu?

      Bukan nak doakan keburukan utk warden tu. Tapi harapnya, apa yg dia buat pada Thaqif dia juga akan merasanya kembali.

      Delete
    3. peringatan keras la sgt.

      Delete
  3. bodoh warden sial. rotan si pelaku salah je la. sek tahfiz bkn kem tentera.

    ReplyDelete
  4. lpasni xde da yg nk pegi tahfidz..huhu..bgus3, BAGUS SESANGAT DN ANDA BERJAYA MENJADI PEDOMAN MANUSIA..ddk je tahfidz xda guna kalau xpndai nk blajar utk mengajar manusia seperti MANUSIA..babi pun org xpukul kalau nk ajar dia makan..BODOH bertingkat2..puik, jijik aku, pakai je serban n jubah bagai..tapi bila bnda da jdi cmni? apa KAU BLEH BWAT?

    ReplyDelete

Selain memberikan respon di portal Oh! Media ini, kami menggalakkan lebih banyak interaksi dilakukan melalui Facebook Oh! Media bersama jutaan lagi rakyat Malaysia. Pastikan anda tidak terlepas mengikuti pelbagai perkara baru di Facebook Oh! Media setiap hari.