Header Ads

Bapa Ditangkap Kerana Mencuri Makanan Dan Keperluan Sekolah Anak


Seorang bapa kepada tiga anak telah ditahan oleh pihak berkuasa selepas didapati mencuri makanan dan keperluan persekolah anaknya yang bernilai RM415.06 di pasar raya dalam pusat beli belah di Taman Bukit Indah.
 
Suspek yang bekerja sebagai tukang masak berusia 31 tahun yang bekerja di jabatan kerajaan di daerah ini sejak 13 tahun lalu itu pada mulanya ditahan pengawal keselamatan kira-kira 3 petang selepas didapati gagal mengemukakan resit pembayaran barangan yang diambil.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, suspek gagal mengemukakan resit pembelian apabila diminta pengawal keselamatan sebelum suspek dibawa kepada pihak pengurusan.

"Suspek didapati tidak mempunyai resit pembelian dan mengambil barangan tanpa membuat sebarang bayaran," katanya.

Beliau berkata, antara barangan yang diambil suspek adalah pelbagai makanan sejuk beku, ais krim, gula-gula, kasut, kapur kasut, stokin selain baju-T dan seluar trek yang semuanya bernilai RM415.06.

Menurut Noor Hashim, suspek pergi ke pasar raya di pusat beli-belah itu bersama anak lelaki sulungnya yang berusia tiga tahun dan siasatan awal mendapati suspek melakukan perbuatan itu kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar barangan makanan terbabit memandangkan perlu membeli pakaian sekolah anaknya.

"Siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan dan suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.

Sumber: Hmetro.com.my

Restoran Menarik Di Penang

Powered by Blogger.