Header Ads

Isu Bayi Meninggal Di Dalam Perut, PAC Hospital Ampang Diminta Bertanggungjawab


Bukanlah Ohmedia nak memihak kepada mana-mana pihak, tapi kes yang berlaku ni perlukan jawapan dari pihak Hospital Ampang dan tidak boleh didiamkan begitu sahaja kerana ianya melibatkan dua jasad yang tidak bermaya.

Berikut adalah luahan hati yang diluahkan Fiza Kamarudin tentang adiknya yang baru kehilangan anak di dalam kandungan baru-baru ini.

Allahu beratnya dugaan kau adikku.

Saya menulis bukan kerana saya menolak takdir dan ketentuan Illahi. Tetapi sebagai manausia biasa, saya terkilan. Terkilan dengan kecuaian manusia yang di panggil DOKTOR!

Adik saya, sepatutnya bersalin pada 30 Ogos 2016, tetapi sudah ditakdirkan Allah SWT, bayi overdue dan dia sepatutnya dimasukkan ke wad hari ini 8 September 2016.

Bukan itu yang buat saya terkilan dan kecewa. Saya kecewa dengan pengurusan di PAC HOSPITAL AMPANG.

Sepanjang tempoh seminggu overdue, adik saya berulang-alik ke hospital kerana sakit perut. Tapi macam biasa, DOKTOR cakap "baliklah dulu, nanti kalau ada tanda-tanda seperti keluar lendir dan darah, air ketuban pecah atau darah, barulah puan datang sini.."

Saya kira, adalah enam hingga tujuh kali adik saya berulang ke PAC Hospital Ampang dalam tempoh tersebut.

Tetapi sangat menyedihkan kerana doktor hanya menyuruh adik saya pulang walaupun adik saya mengadu sudah sakit kuat dan ada lendir keluar (salah satu tanda bersalin). Tindakan doktor, hanya suruh adik saya pulang dan tunggu darah penuh satu 'pad' atau air ketuban pecah baru datang balik.
Alasan: Show Biasa.

Siapalah kita untuk melawan kata DOKTOR yang sangat berpengetahuan dalam bidang ini kan? Adik saya ulang lagi ke PAC selepas ada sesuatu yang kelihatan seperti tali pusat keluar. Tapi, perkara sama; disuruh pulang dan normal. Mereka masih mengharapkan darah satu pad dan ketuban pecah barulah adik saya akan ditahan diwad.

Terkini, pada Selasa lepas adik saya sekali lagi ke PAC HOSPITAL AMPANG, kerana sakit kuat dan keluar lendir tetapi dia disuruh pulang. Kata doktor, tanda biasa, bayi normal.

Saya sudah mula rasa tidak kena kerana saya dahulu pun overdue tetapi bila ada bukaan 2cm saya terus ditahan diwad! Tapi kenapa adik saya tidak walaupun tanda-tanda sudah ada?

Bukankah sepatutnya dia dipantau? Saya juga tertanya-tanya adakah DOKTOR yang bertugas tidak memeriksa degupan jantung bayi pada malam tersebut?

Aneh.

Tetapi, kami telan.

Maklumlah merekakan DOKTOR!

Hari ini, jam 10 pagi ketika saya sedang bersiap ke pejabat, Emak saya menerima panggilan telefon dari hospital selepas saya kira satu jam pulang dari menghantar adik saya ke wad!

"Puan, ada masalah dengan bayi. Degupan jantung dah tak ada!"

Allahu..semudah itu? Tidak bernilaikah nyawa kepada kalian?

Di hospital, Doktor pakar pula tertanya-tanya mengapa adik saya tidak dimasukkan ke wad lebih awal selepas dia datang ke PAC dan ada tanda-tanda bersalin ditunjukkan?

Dan mengapa sehingga ke saat ini keluarga saya iaitu emak dan abah saya yang berada di hospital menemani adik saya tidak diberi keterangan langsung oleh pihak hospital tentang sebab kematian cucu mereka?

Saya terima qada dan qadar Allah, tetapi saya minta pihak hospital AMPANG lebih bertanggung jawab dengan memberi keterangan tentang kematian bayi adik saya!

Jangan jadi bacul dan duduk diam!

Kami perlukan penjelasan. Kami mahu tahu bila bayi tersebut meninggal dunia? Sebab kematian?

Kenapa adik saya disuruh pulang walaupun tanda-tanda bersalin dah ada? Bukankah dia sepatutnya dipantau kerana dia overdue? Saya tidak pasti DOKTOR di PAC HOSPITAL AMPANG (yang bertugas kendalikan adik saya) sedar atau tidak tentang tanda-tanda sebelum kelahiran? Mahu tunggu ketuban pecah? Darah penuh pad? Saya sendiri, kedua-dua anak doktor yang pecahkan ketuban!

Lendir bercampur darah yang keluar dari rahim adik saya dan kesakitan yang dia alami itu, bukaan salah satu dari tanda kelahiran?

Oh ya! Lupa pula saya nak ceritakan..

Doktor yang meminta adik saya pulang beberapa hari lepas (selasa) ada di hospital pagi tadi.
Ambil darah adik saya, tetapi tidak isi borang. Dan akhirnya doktor lain pula terpaksa ambil darah adik saya sekali lagi. Cuainya awak wahai DOKTOR!

Agaknya masih terkejut selepas doktor pakar beritahu bayi dah meninggal dunia!

Kepada adik saya, Siti Norhazlinda Kamarudin dan suami kalian sangat tabah ketika menerima berita ini.

Linda adikku walaupun yang diteran nanti hanyalah jasad tanpa nyawa, kuat dan bertahanlah sayang.
Along doakan Linda sembuh dari demam (adik saya demam secara tiba-tiba dengan suhu 38 darjah) untuk 'push' baby keluar dari rahim sucimu dik.

Innalillahiwainnaillahirojiun, Damailah wahai anak syurga.

Kecewa,
Siti Nor Hafiza Kamarudin
Bukan seorang DOKTOR

Kes macam ni bukanlah baru. Belum nak dikisahkan lagi tentang pengalaman layanan yang diterima orang semuanya lain-lain. Ada yang baik-baik sahaja dan ada yang macam langsung tak diundang berada di hospital. Diharapkan pihak berkenaan tampil membuat kenyataan akan perkara ini agar ianya tak berulang dalam masa yang sama menjawab 1001 tanda tanya dan trauma yang dialami keluarga mangsa.
Powered by Blogger.