Header Ads

Suami Cerita Detik Kemalangan, Sempat Lihat Anak Hembus Nafas Terakhir

Semalam Malaysia digemparkan dengan kemalangan maut yang melibatkan 16 kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) hingga mengakibatkan kematian seorang ibu dan anak perempuan yang cukup tragis.

Dalam kejadian tersebut keluarga Mohd Hasnun Ramli, 29, isteri serta anaknya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur telah dirempuh oleh treler membawa muatan kelapa sawit yang terbabas di lorong kanan.

Biarpun masih bersedih dengan kejadian, Mohd Hasnun menggagahkan diri menceritakan mengenai detik-detik yang meragut nyawa anak serta isterinya itu.

"Umaira, Umaira anak ayah," itu antara kata-kata akhir yang diucapkan seorang lelaki kepada anaknya dalam satu kemalangan maut membabitkan 16 kenderaan di KM406 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dekat Tanjung Malim, yang menghala ke pusat bandar‎.


Mohd Hasnun berkata kejadian berlaku ketika kenderaannya sedang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menziarahi ahli keluarga yang meninggal dunia.

"Masa tu jalan sesak disebabkan ada kemalangan di hadapan, kereta memang tidak bergerak.

"Seingat saya, saya sedang mendengar alunan ayat-ayat suci al-Quran, manakala anak dan isteri saya sedang tidur," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, tiba-tiba dia merasakan sesuatu merempuh kenderaannya itu dari belakang.

"Keadaan masa tu berlaku dengan pantas, badan saya terhentak ke stereng kereta, namun saya tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

"Saya ingat setiap detik masa tu. Paling menghibakan saya lihat arwah isteri berlumuran dengan darah dan tidak lagi bernyawa, saya lihat anak saya, saya panggil namanya Umaira berulang kali, kali pertama dia menangis dan terus senyap, ALLAH sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu," katanya.


Mohd Hasnun berkata dirinya menerima ketentuan dan ujian dari ALLAH ini dengan hati yang redha.

"Dia ada berkata kepada saya yang dia teringin nak menunaikan solat tarawih bersama saya di Masjid Biru (masjid negeri Shah Alam).

"Saya berjanji untuk membawanya, namun ini sudah tertulis yang dia akan pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya," katanya.

Katanya, dia baru berpindah dan tinggal bersama isteri serta anaknya di Pulau Pinang selama setahun.

"Sebelum ini saya tinggal di Kuala Lumpur, tapi memandangkan isteri bekerja di sini, jadi saya pindah ke sini.

"Pada saya arwah seorang isteri yang amat sempurna, dia terbaik buat saya, namun ketentuan ALLAH melebihi segalanya saya redha dengan apa yang berlaku ini," katanya.

Jenazah Nurul Syazeila Iryani Suhaimi, 28 bersama Hanna Humaira Mohd Hasnun berusia setahun lima bulan dibawa pulang ke Kampung Permatang Tok Jaya, Pulau Pinang.

Jenazah kedua mereka kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Pekan Darat kira-kira jam 11.30 malam semalam.

Sementara itu, Adun Sungai Dua Muhammad Yusoff Mohd Noor turut hadir menziarahi pengkebumian kedua-dua jenazah ini.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Usahawan Malaysia yang sweet & kreatif.

8 comments:

  1. Mohd Shamsul Syamsul Sapian14:42

    X lama sebelum ni ada kes treler rempuh keta cikgu d highway tanjung malim...meninggal cikgu tu..JPJ..tlg lah...buat pemeriksaan kerap kat pemandu treler..cek air kencing..depa ni kalau langgar org..org yg mati...jgnlah dok jaga cermin gelap je..

    ReplyDelete
  2. Dorayakiya Qiya14:42

    Tgh tahan nagis bila baca cerita nie. Plg xtahan part 'dia isteri terbaik bagi sy'..Allahu...����

    ReplyDelete
  3. QueenEli Sal Dye14:43

    x bawak laju ke,memotong ke tau...keta dye cma sdg beratur sbb jln jem....tiba2 d rempuh dr blakang...byg kn 1 saat dye lihat ank dn istri sdg tidur nyenyak dlm keta,1 saat dua2 dh x brnyawa lg....
    Sedih sgt...dh la nk raya ni...

    ReplyDelete
  4. S-Hajar Sarif14:44

    Yg lebih menyedihkan, Family arwah dalam perjalanan dari penang ke KL untuk ziarah Arwah Pak Lang belah suami di HKL..Tapi lain pula ceritanya..Ini semua perancangan ALLAH SWT mereka kemalangan ditempat kejadian..Kak Nurul & Baby Hanna meninggal ditempat kejadian manakala suaminya Abang Hasnun cerdera ringan..Ajal seseorang itu, tidak akan lambat sesaat atau cepat sesaat pun..
    Sama2lah Kita Hadiahkan Al-Fatihah Buat Allahyarham..
    Semoga Mereka Ditempatkan Dikalangan Orang2 Yang Beriman & Beramal Soleh..
    In Sha Allah, Amiinnn

    Alhamdulillah, Kedua-dua jenazah sudah selamat dikebumikan malam tadi..

    ReplyDelete
  5. Anonymous23:08

    Lori-lori di Malaysia ni banyak yang macam bom jangka kerana kurang penyelenggaraan. Patut ambil tindakan keras seperti hukuman penjara 10 tahun serta saman yang besar pada pemilik2 lori terbabit yang hanya memikirkan keuntungan.

    ReplyDelete
  6. Allahuakbar...sedih n sebak,xtau nk kata ap,magsa mnyksikan pmergian org trsyg dpn mata dgn keadaan yg tragis....Smoga roh mreka ditrmpatkan dikalangan org beriman....

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar...sedih n sebak,xtau nk kata ap,magsa mnyksikan pmergian org trsyg dpn mata dgn keadaan yg tragis....Smoga roh mreka ditrmpatkan dikalangan org beriman....

    ReplyDelete
  8. BERSABARLAH.. ADA AHLI SYURGA MENUNGGU MU DI PINTU SYURGA..

    ReplyDelete

Selain memberikan respon di portal Oh! Media ini, kami menggalakkan lebih banyak interaksi dilakukan melalui Facebook Oh! Media bersama jutaan lagi rakyat Malaysia. Pastikan anda tidak terlepas mengikuti pelbagai perkara baru di Facebook Oh! Media setiap hari.