'Bro, Tunang Kau Dah Barai Aku Tebuk Banyak Kali Dah' | Oh! Media

'Bro, Tunang Kau Dah Barai Aku Tebuk Banyak Kali Dah'


"Bro, Tunang Kau Dah Barai Aku Tebuk Banyak Kali Dah" - Bekas BF Tunang Aku..

Aku dah grad UIA. Cerita ini memang cerita yang betul, cerita hidup aku sendiri. Buka nak membuka pekung di dada tetapi ada mesej yang ingin aku sampaikan.

Di UIA, aku kenal seorang perempuan ini. Dua tahun kami berkawan dan selepas grad, masing-masing mendapat kerja. Jadi kami pun merancang untuk kehidupan yang seterusnya iaitu kahwin selepas grad.

Alhamdulillah, masing-masing dah dapat kerja. Kemudian kami bertunang selama 3 bulan.

Sementara itu juga, aku buat perniagaan printing baju dengan rakan. Saja nak menambah duit poket, boleh dibuat belanja kahwin sedikit sebanyak. Selain itu, kami buat bisnes online. Kebanyakkan orang nak order baju akan mesej kitorang terus.

Tinggal sebulan saja lagi aku nak disatukan dengan tunang. Semua persiapan hampir siap dan semua sudah ditempah. Kad jemputan juga telah diedarkan. Sewa kanopi, bagai semua dah hampir selesai. Tunggu hari kejadian sahaja.

Malam itu, semua keluarga aku berkumpul berbincang mengenai majlis kahwin aku. Abang-abang dan kakak-kakak aku semua bagi nasihat rumah tangga pada aku, sebelum mendirikan masjid ini semua.

Memandangkan aku anak bongsu dalam keluarga, aku dengar sajalah semua nasihat abang dan kakak. Semua tengah meriah bagi tips dan nasihat itu ini, tiba-tiba aku mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Tetapi tak hairan sangat kerana menyangka itu mungkin panggilan dari pelanggan yang mahu menempah baju.

Aku jawab panggilan itu, senyap dan tiada salam ataupun hello. Jadi, aku pun tamatkan panggilan.

"Mungkin salah nombor agaknya?" bisikku dalam hati.

Tidak berapa lama kemudian, nombor itu menghubungi aku lagi. Kali ini ada suara lelaki yang bertanya.

"Ini Hafiz ke?"

"Ye,"

"Boleh tak aku nak jumpa dengan kau?"

"Siapa ni?"

"Saya nak tempah baju," katanya.

"Biasanya saya tak jumpa customer kalau nak order baju. Cuma bagi details melalui WhatsApp pun boleh sebab sekarang saya tengah sibuk menguruskan majlis kahwin tak lama lagi. Jadi, tak sempatlah berjumpa," jelas aku.

Tetapi dia enggan mengalah, dia memujuk aku untuk berjumpa dengannya sebab ada banyak helaian baju yang ingin ditempat dan dia juga memppunyai desing dia sendiri.

"Kalau begitu, nak saya minta tolong rakan niaga saya pergi berjumpa dengan encik. Tak pun, tak payah jumpa pun tak apa. Cakap saja berapa helai yang dimahukan dan design pun encik boleh hantar melalui emel,"

Namun, lelaki itu tak bersetuju. Sekali lagi dia berkeras nak berjumpa dengan aku.

"Sama saja kalau rakan niaga saya jumpa encik pun. Sebab dia pun tahu selok belok nak order baju," jelas aku lagi.

"Aku nak bercakap pasal tunang kau," katanya.

Aku tersentak bila dia kata nak bercakap dengan tunang aku. Nak cakap apa?

"Eh? Tadi kata nak order baju. Sekarang nak cakap tunang saya kenapa pula? Saya tak kenal pun encik,"

"Aku kenal kau. Aku cuma nak cakap yang tunang kau tu dah 'rosak'. Dah banyak kali 'main' dengan aku," katanya.

Aku dengan tiba-tiba menyergah dia dalam panggilan telefon itu.

"Kau tak kenal aku, kau tak kenal tunang aku. Jadi baik kau jangan buat fitnah sebelum aku report polis!" angin kemarahan sudah tiba.

Lelaki itu cepat-cepat memberitahu aku nama penuh si tunang. Aku menjadi cuak, bagaimana dia boleh mengenali tunang aku?

"Kalau kau tak percaya, nanti aku WhatsApp gambar," katanya.

Aku terus tamatkan panggilan dan matikan handphone. Fikiran aku menjadi serabut. Iyalah, tiba-tiba saja mendapat panggilan dari orang yang tidak dikenali dan siap beritahu nama penuh tunang, dan cakap tunang kau dah rosak semua siap nak tunjuk bukti semua.

Aku ambil kunci kereta dan aku keluar dari rumah pada malam itu.

"Hafiz, jangan keluar lama-lama. Dah lewat malam ni. Orang darah manis tak elok keluar malam," pesan mak dari dalam rumah.

"Hafiz nak lepak dengan kawan jap mak," balas aku.

Waktu itu dah jam 10.30 malam. Mak aku macam pelik, aku jarang keluar lepak dengan kawan lewat-lewat malam begini. Aku pun tak tahu nak pergi ke mana.

Dalam hati aku kuat mengatakan tuduhan lelaki itu tadi adalah fitnah. Aku kenal tunang aku. Aku pergi lepak seorang diri di McDonald. Sampai saja di situ, aku hidupkan semula handphone dan ada WhatsApp dari tunang yang bertanya aku di mana sebab mak beritahu dia yang aku keluar tak balik-balik lagi dan call pun tak dapat. Aku hanya sekadar membaca mesej itu tanpa membalasnya.

Kemudian masuk pula mesej dari nombor yang aku tidak kenal, mesej dari lelaki tadi. Banyak gambar yang dihantar kepada aku tetapi aku tak download pad awaktu itu sebab belum bersedia untuk melihat gambar-gambar itu semua. Tetapi hati aku teringin nak tahu.

Aku kuatkan hati jantan aku dengan mendownload semua gambar-gambar itu.

Ya Tuhan.....! Remuk hati aku pada waktu itu. Rupa-rupanya dia hantar gambar tunang aku dengan dia yang tengah selfie di mana entah. Tetapi tangan dia merangkul kemas pinggang tunang aku seakan-akan berpelukan. Gambar tunang aku yang free hair, selfie hanya pakai singlet. Aku sendiri pun tak pernah tengok tunang aku dalam keadaan seperti itu. Patah hati aku pada waktu itu.

Aku tak balasm dalam kepala aku cuba berfikir positif dan menenangkan diri ini. Pada waktu itu aku cuba fikir bahawa lelaki ini sengaja mahu merosakkan hubungan kami. Aku fikir semua gambar-gambar itu telah diedit. Tetapi hati aku kuat mengatakan bahawa itu adalah tunang aku.

Selepas itu, dia mesej lagi.

"Aku tahu semua tahi lalat tunang kau di mana, tanda lahir tunagn kau di mana dan semua benda-benda sensitif tunang kau aku tahu," katanya.

Aku tak tahu pun semua itu, aku tak tahu tahi lalat dan tanda lahir tunang aku di mana, ak utak tahu rambut tunang aku paras mana. Semua aku tak tahu. Menangis aku pada waktu itu juga. Aku cuba tahan tetapi air mata jantan aku keluar juga.

Malam itu, aku balik rumah jam 3 pagi. Membebel mak aku. Katanya dah kahwin tak boleh dah lepak sampai lewat pagi dengan kawan-kawan. 3 hari aku tak layan tunang aku. Aku cakap yang aku tengah sibuk printing baju. Tak sempat nak melayan dia yang mana sebenarnya aku rasa nak tampar dia pun ada kalau dia berada di depan aku pada waktu ini.

Seminggu selepas itu, aku hubungi lelaki itu dan ajak berjumpa untuk mendapatkan kepastian yang lebih lanjut. Kami berjumpa, dia ceritakan satu persatu pada aku, sebelum aku kenal tunang aku, tunang aku dah ada teman lelaki. Mereka sudah terlanjur banyak kali dan sudah buat macam-macam.

Dia juga menunjukkan perbualan WhatsApp mereka (lama) yang tak ubah seperti perbualan lucah. Waktu itu aku rasa mahu saja tumbuk muka lelaki itu tetapi aku berada di tempat awam, maka aku tahankan saja.

"Aku tanya kau satu saja. Apa tujuan kau beritahu aku semua ini?" soal aku.

"Aku cakap sebab aku tak nak kau jadi dayuslah gila. Perempuan itu sudah rosak. Aku yang rasa dia dulu," katanya.

Celaka! Aku balik macam itu saja. Tiap hari aku menangis, sebak sayu semua ada. Majlis perkahwinan kami hanya tinggal dua minggu saja lagi. Apa yang patut aku buat? Aku tak beritahu sesiapa lagi tentang hal ini. Aku tak tanya tunang aku lagi. Aku diamkan diri sahaja.

Waktu itu aku dekatkan diri dengan Tuhan, aku buat istikharah setiap malam, aku buat solat hajat, aku mohon betul-betul dengan Tuhan. Aku fikir aku nak saja memutuskan pertunangan dan batalkan majlis kahwin. Tetapi aku fikir itu semua mustahil dan akan menyebabkan keluarga aku malu sendiri. Lagi pun mak aku lemah jantung, bakal mak mertua aku pun tak sihat, ada darah tinggi. Aku bimbang mereka terkejut jika mereka mendapat tahu tentang hal ini. Tetapi aku tidak kuat, lemah dan tak tahu apa nak buat.

Aku sendiri tak pernah menyentuh tunang aku walaupun tangan dia sekali pun. Aku benar-benar sayang pada tunang aku. Aku merungut, mengapa aku mesti mendapat ujian seperti ini? Aku fikir kalau aku kahwin nanti, macam mana dengan keturunan aku? Dayuskah aku? Semua keliru, aku tak tahu nak pilih yang mana. Aku tak mendapat sebarang petunjuk dari istikharah sampailah aku dengar khutbah Jumaat di masjid rumah aku.

Tajuk khutbah Jumaat hari itu, peluang kedua. Dalam khutbah itu kata, semua orang berhak diberikan peluang kedua tak kisahlah jahat atau baik. Malah orang itu patut diberi peluang kalau dia benar-benar mahu berubah. Kita ini siapa nak menghukum orang? Seeloknya bukakanlah hati untuk memberi peluang kedua. InshaAllah Tuhan mempermudahkan urusan.

Terngiang-ngiang dalam kepala aku khutbah Jumaat hari itu. Majlis tinggal seminggu saja lagi dan aku masih tak mendapat apa-apa petunjuk.

Aku buat keputusan untuk bertemu dengan tunang. Hari itu aku jumpa dia dengan membawa hadiah. Aku hadiahkan dia sepasang stoking dengan sepasang handsock. Dia agak terkejut dengan hadiah yang diberikan.

"Kenapa bagi hadiah ni?" soalnya.

"Pakailah stokin itu tutup kaki, handsock itu pakailah walaupun pakai baju lengan panjang. Tetapi tetap nampak lengan," tegas aku.

Dia agak keberatan hendak menerima apa yang aku katakan dan teragak-agak untuk memakai stokin.

"Pakai dulu, nanti saya belikan yang lebih cantik. Baru sedap nak pakai. Pakai pelahan-lahan baru lelaki tak usha. Jagalah aurat elok-elok. Pelahan-lahan, tak apa," kata aku.

"Kenapa? Awak cemburu ke?"

Eh? Panas pula hati aku, tetapi aku diamkan saja sebab dah mula rasa nak naik tangan. Tetapi disebabkan perempuan, aku tahankan saja.

"Bukan aku cemburu, sebab aku tak nak lelaki lain tengok aurat kau dah," getusku dalam hati.

Aku kumpulkan kekuatan untuk berterus terang. Aku tunjuk gambar dia dengan bekas teman lelakinya sedang bergambar berpelukan.

"Ini apa?" soalku.

"Mana awak dapat semua gambar-gambar ini?!" terbeliak mata dia dan tidak lama kemudian dia menangis teresak-esak.

"Kenapa menangis? Benda dah jadi pun. Kenapa tak terus terang saja? Kenapa tak cakap yang sebelum ini dah ada teman lelaki?" semua aku tanya sebab dah hampir sebulan aku pendamkan seorang diri sampai tumpah juga air mata jantan aku di depannya.

"Itu semua cerita lama. Saya dah tak berhubung dengan dia lagi. Lelaki itu cuma mahukan duit dan badan saya saja ketika bercinta.

"Sekarang, status kita macam mana? Awak nak tinggalkan saya dan batalkan majlis perkahwinan kita?" soalnya.

"Tak, kita teruskan saja. Majlis tak sampai beberapa hari lagi dah. Tipulah kalau aku tak sakit hati. Dah hancur berkecai pun hati ini sebenarnya.

Aku jaga dia elok-elok, alih-alih ada orang lain yang sudah menyentuhnya sebelum aku sentuh dia. Aku fikirkan maruah keluarga, fikir mak aku yang sakit jantung, aib tunang dan semualah aku fikir.

"Saya izinkan awak batalkan majlis perkahwinan kita. Saya malu dengan awak sebab saya dah rosak," katanya.

"Saya anggap ini semua ujian dari Tuhan pada saya. Mungkin ada kebaikan yang akan saya dapat kelak. Saya pun tak tahu ujian untuk saya membimbing awak sebagai isteri saya nanti.

"Walaupun dah jadi begini, sayang sayang pada awak masih kuat. Jadi hargailah. Cuma satu saya minta, tutuplah aurat itu dengan sempurna. Sebab itu saya hadiahkan stokin dan handsock, bukan saya suruh pakai tudung labuh dan purdah bagai. Cuma tutup mana yang asas sahaja. InshaAllah saya redha dengan ujian ini," kataku.

Pernah juga aku cuba memberitahu mak dan ayah mengenai hal ini. Tetapi itu aib tunang aku. Pernah aku cuba mahu membatalkan majlis dan tinggalkan tunang, tetapi aku paksa diri aku ingat balik semua kebaikan yang pernah dia buat pada aku dulu semasa berada di UIA.

Dia pernah bayarkan yuran aku separuh, pernah support duit makan bila aku dah tak ada duit. Dialah tempat aku jatuh bangun struggle di UIA selama 4 tahun. hal duit itu tak payah cakaplah, memang banyak dia tolong aku.

Aku budak mustang, ada kalanya dia belikan keperluan sukan untuk aku walaupun aku tak minta. Jadi aku tak mampu melupakan kebaikan yang dia buat walapun satu kesalahan besar dia buat, tidak cukup untuk memadamkan kebaikan dia selama ini.

Tetapi aku ingat, aku tak tinggalkan tunang aku bukan sebab kebaikan dia, tetapi sebab kasih sayang aku yang betul-betul ikhlas dengan tunagn aku dan aku patut bagi dia peluang kedua untuk berubah. InshaAllah aku akan redha. Doakan aku, majlis kami hari Ahad ini. Terima kasih

– Hafiz IIUM

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

#MaybankJomRaya! Syok Lagu Tahun Ni!

Oh! Media

Dulunya, kami pecahkan kategori kepada beberapa jenis website. Kini, kami gabungkan semua untuk memudahkan anda. Enjoice semua artikel yang kami sediakan. Siapa sebenarnya kami? Jom baca Info penuh tentang Oh! Media.

46 ulasan:

  1. Tanpa Nama22:00

    damn... right in the feels

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan lupa Like page ni : lagi banyak teknologi yang anda masih tak tahu https://www.facebook.com/fivestarmedicaltechnologies/

      Padam
  2. Tanpa Nama23:56

    ._.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SALUTE.. yg herannya ex bf dia tu jeles aku rasa.. knapa bila org nak kawin baru nak kasi tau knapa tak bagitau awal2?? apa2 pun d doakan hafiz bahgia dunia akherat bersama kluarga tersayang dan isteri serta mendata keturunan yg solah dan solehah,, aminn..
      p/s : Hafiz perkara cam ne bukan ko sarang aje yg kena ok so chill and teruskan kehidupan anda :)

      Padam
  3. Suruh bekas kekasih bertanggungjawab Balik... Masa Nk cerita kali kedua itu patut dh standby Lima ke sepuluh org untuk TANGKP dn Kawin secara paksa... Untung lh dh tebuk Byk kali lepas tinggal... Dh kawin terpulang lh dia Nk Kekal Atau se Balik nye.. Hak dia.. Ini idea yg terbaikkk

    BalasPadam
  4. Salute u bro
    So touching
    May both of u stay on together till jannah

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama11:45

    Bro... kau x boleh slhkan tunang kau semata-mata... byk lgi benda yg mendorong tunang kau sehingga dia 'rosak'. Tp percayala bro, Allah xkan uji seseorang tu melebihi keupayaan seseorang itu... dan kau dah buktikan yang kau memang win la bro...

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama12:05

    harey... pedih hati baca..

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama13:11

    i feel u bro..
    terima dgn hati yg terbuka.. dah jodoh & ujian utk kita..
    bykkan bersabar.. perjalanan masih jauh dgn kehidupan kita yg singkat..

    BalasPadam
  8. xpe bro... kau selamatkan tunang kau. tutup aib dia. jgn bimbang quota kau ada lg 3

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama14:46

    well... at least i know that i'm not the only one who facing this kind of problems before getting married... mcm bro ni kira okey la cuma dapat gambar je... mcm aku dpt tangkap bekas tunang aku live dpn mata... korng rasa ke ape yg aku rasa??? dengan mcm2 org sekeliling cakap pasal aku sedangkan diorang tak tau pun hal sebenar... family pun pandang serong dgn aku... yg ada dgn aku masa tu cuma ALLAH je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Then, did you proceed with the marriage or not?

      Padam
    2. Ni lain daripada confessor
      Apa yg tunang dia buat tu kisah silam
      Yg tunang ko buat tu masa dgn ko
      Mmg kalau aku pun xkan terima tunang ko

      Padam
  10. tahniah bro selamat pengantin baru..

    BalasPadam
  11. Cilakak...bole wat lawak lg...haha...

    BalasPadam
  12. Kesian bakal suami dapat bekas orang.. hmmm

    BalasPadam
  13. pernah dgr ceramah ustaz mana ntah..lupa tp dia mention x wajib bg seorang perempuan yang pernah buat maksiat sebelum berkahwin dan mengaku semua bnda tu dgn bakal suami utk mengelakkan dr menjadi perkara yang tidak baik secara berpanjangan (dalam tempoh pekahwinan)..yang lepas tu lepas yang penting skrg...kalo dia dah insaf tu adalah urusan dia dgn Allah..siapalah kita utk menghukum dia...yg penting bimbing dia balik..insya Allah berganda2 ganjarannya tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betol tu. Mmg dh kire persetujuan semua ulama rasenye dlm hal ni. Aib manusia termasuk aib diri sndiri kite kene simpan utk menjauhkan perkara yg lebih buruk. Maknenye, berahsia tu xpe lg, dia bkn menipu. So bg aku, bro ni dh buat perkara yg betul, wlpn perit utk terima tp dia xleh salahkn tunang dia sbb x bgtaw. Skrg msti awkward bile mlm pertama diorg, sbb tu ustaz2 pesan jgn persoal kisah silam psgn, cukup skadar mengenali latar blkg dia. Tunang dia tu tetap salah, tp past is past, lgpn kaum hawa ni insan yg lemah, ade 9 nafsu 1 akal, so kaum adam la kene didik kaum hawa dgn baek. Pokoknya, ex bf dia tu mmg sial. Dhla merosakkn prmpn tu, x btgjwb plak tu, nk rosakkn umah tgga org, pastu bukak aib org plak. Mohon mamat tu mandol and merepot smpai mati. Utk bro tu, mohler kite doakan dia dan psgn dpt melupakan kisah silam memasing and mnjadi psgn bahagia hingga ke syurga. Amin..

      Padam
  14. tp mmg ada golongan yang keji cmni mcm kes syamsol yusof n putri nk kawin ari tu..tp apa yg dia dpt?

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama10:03

    I feel you bro..zaman skrng nie kira nasib baik la dapat yg virgin..semoga Allah jer balas jasa ko dan laki2 lain yg dapat bakal isteri yg sudah di sentuh ..Allahumustaan

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama13:45

    tahniah bro... tahniah krn berjaya dgn ujian Allah...tahniah krn melangsungkn majlis pernikahan...semoga hidup bro dirahmati hingga akhir hayat... bimbingla rusuk tulang kiri bro tuu....so touching...

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama14:12

    terbaik lah bro...semoga perkahwinan bro kekal sampai syurga....Amin

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama22:14

    aku rsa nk nangis dh

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama12:11

    All the best bro, yup semua orang layak diberi peluang kedua jika mereka mahu berubah

    BalasPadam
  20. Tanpa Nama21:32

    Barangsiapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya.
    (HR. Al-Bukhary no. 2442 dan Muslim no. 2580 dari hadits Ibnu Umar radhiyallahu anhuma, serta Muslim no. 2699 dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu anhu)

    BalasPadam
  21. U have a lot of guts broo..inshallah everything going to be ok amin😊

    BalasPadam
  22. So perempuan perempuan mana yg tkde dara dh kena tebuk tiada apa lagi yg nak dirisaukn. Bromen sepuas puasnya time brcinta. Besar tapak tangan kami tadahkn

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum, bro tu kisah lama,kisah silam masing2, setiap manusia ada buat kesilapan,jgn hukum org atas kisah silam dia, sedangkan kita sendiri buat dosa tanpa sedar, benda dah lepas bro, jgn seksa dia, jaga lah dia, bimbing lah dia, buang dari ingatan apa yang terjadi lepas dpt call laki tu, InshaaAllah bro blh bahagia, semoga hidup bahagia dunia dan akhirat, InshaaAllah, amin

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum tuan. .selagi tuan belum akad nikah,keputusaan d tgn tuan. .klu tuan btul2 trima tunang tuan tu,lupakan la masa lalunya. .dan berlapang dada la. .tp klu sbliknya,tuan baik batalkan. .takut akan memakan diri tuan d kemudian hari. .tp satu hal yg tuan perlu igt. .tiada manusia yg sempurna tuan. .semua mempunyai kisah silam. .smoga tuan dpt buat keputusan yg terbaik. .

    BalasPadam
    Balasan
    1. All the girls be like.."oh kasihani la dia, smua org ad msa silam or wat ever". Susah betul nak cari perempuan bersih skrg byk yg dh jd bekas

      Padam
  25. I feel you bro .. We share the same story right now .. Selamat pengantin baru

    BalasPadam
  26. Semoga Allah beri ganjaran yg baik buat awak,, percayalah masa lampau dia hanya masa lampau dan belum mengenali awak.. Mungkin Allah nk beri ganjaran syurga kerna awak mmpu bimbing bakal isteri awk.

    BalasPadam
  27. deep aq yg baca aq yg rase nk mngalir air mata...aq phm prasaan ko tu bro....anyway lu mmg terbaik bro

    BalasPadam
  28. sebagai lelaki saya paham. memang sangat menyedihkan, sakit hati macam ditikam2. tapi itu bukan alasan nak tolak ppuan, terutamanya yang bukan berperangai sundal berganti2 lelaki. sebab orang yang sangat jahat pun boleh naik darjat dengan keampunan tuhan. anggaplah itu cubaan anda dan peluang kedua untuk tunang anda. lagipun dara tidak menjamin kebahagiaan. kalau tidak, manakan ramai lelaki berebut2 janda? anggap saja bakal isteri anda janda.....
    masalahnya sekarang lelaki tu ada gambar tak elok bakal isteri anda. perlu buat sesuatu. itu maruah anda, maruah bakal isteri anda, maruah ibu kepada bakal anak anda. lempang sekali curi hp dia padam semua gambar tu :P

    BalasPadam
  29. Semoga kuat sahabat..Bimbinglah dia..lupakan kisah silamnya..Terimalah dia seadanya dan sayangilah dia..InsyaAllah ada sesuatu yg Allah aturkan utk kamu..

    BalasPadam
  30. bro lu mg hebat lah...wa slut sma lu...kita manusia,hati boleh berubah bila2 msa pon...

    BalasPadam
  31. bro lu mg hebat lah...wa slut sma lu...kita manusia,hati boleh berubah bila2 msa pon...

    BalasPadam
  32. Perghh.. Pecah hati aku baca.. Istighfar bnyk2 bro..

    BalasPadam
  33. Terdetik hati untuk membaca.. Perkara sama berlaku terhadap sy bro, tapi kalau fikir punya fikir zaman sekarang memang susah nak cari yang masih "clean", kadang2 diri kita sendiri juga tak "bersih".Sebaik-baiknya terimalah dengan hati yang terbuka, teruskan untuk lupakan masa-masa lalu.Semoga kekal bahagia..

    BalasPadam
  34. Salamun 'alaik.
    Berlapang dada, terima seadanya. InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan urusan anda.
    Setiap orang berhak mendapat peluang kedua. Berilah dia peluang.
    Kita hanyalah musafir di alam yang sementara ini. Terimalah pemberian Ilahi ini untuk menuju ke negeri Akhirat.

    BalasPadam
  35. Oh Allah, I had goosebumps all over reading this one. Ya, akhi your love for your fiance is so sincere. So sincere that you are willing to marry her anyway. Prayers and wishes that you are strong and getting stronger as a husband. God's willing!

    BalasPadam
  36. lou sye la...memang sya beri peluang kedua tpi mengikut tahap...lou satu lelaki je yg da try prompuan tu sya mff kn..tpi lou da nk smpai 10 org yg try..mnta maaf la...sya lebi rela single lou mcm tu

    BalasPadam
  37. lou sye la...memang sya beri peluang kedua tpi mengikut tahap...lou satu lelaki je yg da try prompuan tu sya mff kn..tpi lou da nk smpai 10 org yg try..mnta maaf la...sya lebi rela single lou mcm tu

    BalasPadam
  38. Virgin bukan lagi trend masa kini. Perempuan dah salah boleh lagi nak dibetulkan nya.

    BalasPadam
  39. Dah 2 tahun lebih, dia dah insaf pun
    Smua orng akan buat silap, sy tahu, sbb sy pn trgolong, dah menyesal pn tkde guna, nak rewind masa balik betulkn pn tk blh, cuma blh brubah dan ingatkn diri jngn ulangi kesilapan tu balik, mmng stiap orng ada point dlm hidup tu dia jatuh, jatuh yg btul2 dalam dia jatuh, susah nak bngun, tpi pelahn2 blh brdiri balik, kluarga jga la bnyk tlong
    Skrg, stiap kali sy tngok muka husband sy, sy brtrima kasih sngt dngn tuhan utk menemukan sy dngn dia, dan sy brtrima kasih sngt dngn husband sy utk trima sy seadanya, dia tdk pernah pn mengungkit kesalahan2 sy yg lalu malah betulkn dan tegur mana yg salah, sbb sblum kmi brkawin dlu, mmng sy dah britahu smua tu, muka dia msa dngr tu, mmng sdih, tpi dia ttap syg sy, sama sperti sblum ni, dn proceed jga utk kawin
    Skrg kmi bahagia, anak pn dah ada
    Prcayalah, isteri yg kmu bgi peluang kedua utk berubah tu, akan bagi kmu lebih lagi slpas ni, dia akan korbankn lebih lagi utk kmu dripda yg dia pernah sebelum ni, klau kmu jatuh sedalam mana pn, dia la akan tlong kmu bngun nant, sy tahu, sbb sy pn bgitu
    mng ada halangan bgini dlm rumahtngga, dari kita shja dpt tepis smua tu atau tak, yg pnting dekatkn diri dngn agama dan bimbingla dia ke jln yg btul semula
    Semoga kamu berbahagia dan dilimpahi rezeki :)

    BalasPadam
  40. susah nak dapat lelaki macam awak yg tak mudah melatahh bilaa benda macam ni jadi. apa apa pun, saya harap awak dan wife awak kekal sampai bila2 kay. bimbingla isteri ke jalan yang diredhai allah swt. past is past kan? semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

    BalasPadam

Selain memberikan respon di portal Oh! Media ini, kami menggalakkan lebih banyak interaksi dilakukan melalui Facebook Oh! Media bersama jutaan lagi rakyat Malaysia. Pastikan anda tidak terlepas mengikuti pelbagai perkara baru di Facebook Oh! Media setiap hari.

Instagram

Dari Instagram Oh! Media